Ke Laman Utama
Terma & Syarat
 

Selamat datang ke laman web Hot FM yang beralamat di hotfm.com.my yang dimiliki oleh SYNCHROSOUND STUDIO SDN BHD (“HOT FM”).
Laman web ini dioperasikan oleh HOT FM dan material di laman tersebut adalah kepunyaan HOT FM.
Laman ini juga mungkin mempunyai material yang dimiliki oleh pihak ketiga dan dihantar ke laman ini oleh sebab lesen, keizinan atau melalui perjanjian diantara pihak ketiga dan HOT FM.

Sila baca dengan teliti terma dan syarat ini sebelum melayari laman web ini. Terma dan syarat di bawah adalah subjek untuk memasuki laman web ini.
Jika anda tidak bersetuju, anda harus meninggalkan laman web ini serta merta. Dengan melayari laman web ini menunjukan anda menerima semua terma dan syarat di bawah. Segala soalan atau komen berkenaan, atau masalah dengan laman web ini bolehlah menghantarnya ke Site Administrator dialamat alexpoon@hotfm.com.my / alalif@hotfm.com.my.

 

Dengan melayari laman web ini, anda sebagai pengguna tanpa kelayakan, mestilah mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan seperti di bawah:

1.         Laman web ini adalah hak milik mutlak dan dioperasikan oleh HOT FM. Segala pengubahsuaian material di laman web ini untuk tujuan lain telah melanggar hak cipta dan hak milik lain HOT FM. Penggunaan material dari laman web ini keatas laman web lain atau untuk persekitaran komputer lain adalah dilarang sama sekali. Material dari laman web ini dimiliki, dioperasikan, lesen adalah di bawah kawalan HOT FM dan tidak boleh ditiru, dikeluarkan, diterbitkan, dimuatnaik, dipaparkan, disiarkan atau disebarkan dalam apa cara sekalipun.   

2.         Segala nama, simbol, logo dan tanda yang ada di dalam laman web ini, kecuali yang dinyatakan adalah tanda perdagangan milik atau digunakan di bawah lesen oleh HOT FM atau gabungannya. Penggunaan tanda perdagangan atau bahan-bahan lain ke atas laman ini adalah dilarang.

3.         Pengguna juga dilarang keras dari mencipta hasil kerja atau material yang diperoleh daripada atau berdasarkan material yang terkandung di atas laman web ini tanpa batasan termasuklah ‘fonts’, ‘icons, ‘link buttons’, ‘wallpaper’, ‘desktop themes’, ‘online postcards’ dan ‘greeting card’ atau barang niaga yang tidak berlesen. Larangan ini tanpa menghiraukan sama ada yang diperoleh dari bahan yang dijual, ditukar ganti atau dengan percuma.

4.         Anda dialu-alukan untuk menghantar, menyiarkan atau menyerahkan mesej-mesej dan bahan lain (termasuk muatnaik ‘files’, memasukkkan data atau bahan-bahan lain yang terikat dalam bentuk komunikasi dalam hubungan dengan laman web ini) (himpunan,”Mesej”) untuk ruangan buletin, ruangan berbual atau ruangan umum lain di dalam atau hubungan dengan laman web ini (himpunan,”Forum”). Walau bagaimanapun, HOT FM tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang hubungan beserta atau timbul seperti Mesej.   

5.         Pengguna bersetuju untuk tidak menggunakan laman web atau forum ini untuk:

a.         muatnaik, menghantar atau menyiarkan sebarang maklumat, data, teks, perisian, musik, bunyi, gambar foto, grafik, video, mesej-mesej atau bahan lain (“Isi Kandungan”) yang melanggar undang-undang, berbahaya, mengancam, menghina, gangguan, berbelit, fitnah, kurang sopan, lucah, mengeji, menceroboh hak orang lain, menimbulkan benci atau perkauman, dan sebagainya;

b.         kecederaan kecil dalam apa jua keadaan;

c.         menyamar sebagai orang lain atau memalsukan keadaan atau gambaran yang salah bekenaan dengan diri anda;

d.         pemalsu atau kata lain memanipulasikan identiti dalam usaha untuk menyamar asal sebarang kandungan yang disiarkan melalui laman web HOT FM atau sekatan atau

e.         muatnaik, pos atau menyiarkan sebarang kandungan yang pengguna tidak  mempunyai hak untuk menyiarkan di bawah sebarang undang-undang atau di bawah kontrak atau hubungan dengan pemegang amanah (seperti maklumat dalaman, hak milik dan maklumat sulit atau sebahagian dari hubungan pekerjaan tertutup atau di bawah perjanjian terbuka);

f.          muatnaik, hantar atau kata lain menyiarkan isi kandungan yang mencabuli hak cipta sesuatu ciptaan, tanda dagangan, tanda rahsia, hak milik dari mana-mana pihak;

g.         muatnaik, pos atau menyiarkan sebarang iklan yang tidak ada kebenaran, material yang dipromosikan, “junk mail,” “Spam,” “chain letters,” “pyramid schemes,” atau sebarang bentuk lain yang sedemikian, kecuali yang direka oleh HOT FM untuk sesuatu tujuan;

h.         muatnaik, pos atau menyiarkan sebarang material yang mengandungi virus perisian atau sebarang kod komputer lain, program yang direka untuk mengacau, menghancurkan atau menghadkan fungsi sebarang perisian komputer atau perkakasan komputer atau peralatan komunikasi;

j.          campur tangan dengan atau gangguan ke atas laman web HOT FM atau server atau sambungan rangkaian kepada laman web HOT FM, atau sebarang permintaan yang dibantah, prosedur, polisi atau peraturan sambungan rangkaian ke laman web HOT FM;

k.         sengaja atau tidak sengaja melanggar sebarang undang-undang setempat, negeri, kebangsaan atau antarabangsa yang boleh digunakan, peraturan diumumkan oleh Kuala Lumpur Stock Exchange, sebarang peraturan dari sebarang negara atau lain-lain pertukaran sekuriti tanpa had dan sebarang peraturan yang dikuatkuasakan oleh undang-undang;

l.          “menghendap” atau kata lain menggangu yang lain;

m.        mengumpul atau menyimpan data personal pengguna lain;

n.         mempromosikan atau membekalkan maklumat ajaran tentang aktiviti haram, menggalakkan kecederaan atau kemalangan fizikal bertentangan dengan kumpulan atau individu lain, atau menggalakkan sebarang tindakan zalim ke atas haiwan. Termasuklah, membekalkan ajaran cara untuk membuat bom, bom tangan dan lain-lain senjata, dan mencipta laman web “Crush”;

o.         menggunakan perkhidmatan (atau panduan) sebagai simpanan untuk muatan terasing atau sebagai pintu atau tanda untuk ke laman lain, samada di dalam atau di sebalik komuniti laman web HOT FM
p.         terikat dengan aktiviti komersial di laman web ini tanpa persetujuan yang nyata daripada HOT FM. Termasuklah aktiviti ini;
           - menawarkan jualan untuk produk atau perkhidmatan
            - meminta untuk pengiklanan atau tajaan
            - mengadakan pertandingan yang memerlukan bayaran kemasukan.
            - mempamerkan tajaan ‘banner’ dari pelbagai bentuk, termasuklah hasil mereka dari ‘banner’ atau pertukaran perkhidmatan ‘link’.
           - mempamerkan ‘banner’ untuk perkhidmatan yang dilengkapi wang atau hadiah kepada pengguna dalam berbalas untuk ‘hyperlinks’ kepada laman web mereka.

6 .         HOT FM tidak akan bertanggungjawab untuk keabadian, tersalah hantar, pemotongon atau gagal untuk simpan di sesi berbual atau hantaran Forum.
7.         HOT FM mempunyai hak untuk menyingkirkan apa-apa hantaran Forum tanpa memberitahu tetapi tidak untuk memadam kandungan yang tidak menyenangkan.
8.         Anda setuju untuk segala mesej yang dihantar oleh anda menjadi hak milik HOT FM dan mungkin digunakan, ditiru, sublesen, disesuaikan, disiarkan, disebarkan, dipublisitikan dan diterbitkan, dipamerkan atau dipadam berdasarkan pertimbangan HOT FM.
9.         Sebagai pengguna yang menggunakan atau membuat keputusan berdasarkan maklumat yang terkandung di dalam laman web ini atau di laman yang berkaitan (laman pihak ketiga) adalah tanggungjawab pengguna sendiri. Dengan melayari laman web ini atau laman berkaitan, pengguna bersetuju untuk mempercayai HOT FM dan gabungannya tidak berbahaya serta bertentangan dengan segala tuntutan untuk segala kerosakan yang timbul daripada keputusan pengguna sendiri berdasarkan maklumat seumpanya.
10.         PENGGUNA BERSETUJU YANG DI DALAM ACARA HOT FM ATAU GABUNGANNYA, ATAU SALAH SEORANG DARIPADA PEGAWAI, PENGARAH, PEKERJA, AJEN DAN SEBAGAINYA, ADALAH BERTANGGUNGJAWAB UNTUK SEGALA KEHILANGAN ATAU KEROSAKAN HASIL DARI PENCABULAN HAKCIPTA ATAU HAK MILIK TERPELIHARA ATAU DARIPADA BAHAYA LAIN YANG TIMBUL DARI ANDA MUATNAIK ATAU SEBARAN ISI KANDUNGAN, ANDA AKAN BERI JAMINAN GANTI RUGI KEPADA HOT FM UNTUK SEGALA KEWAJIPAN SEUMPANYA DAN KOS UNDANG-UNDANG ATAS DASAR PAMPASAN PENUH.

 
 

PERATURAN-PERATURAN AM PERADUAN HOT FM
(Terpakai untuk semua penyertaan peraduan sama ada melalui radio,internet, atau apa-apa juga bentuk peraduan di dalam apa-apa media yang akan ditentukan oleh HOT FM )
HOT FM adalah sebuah stesen radio di bawah atau kepunyaan Media Prima Berhad. Oleh yang demikian, setiap kenyataan di bawah yang menyatakan berkenaan HOT FM turut merujuk kepada Media Prima Berhad.

 
  1. Melainkan dinyatakan sebaliknya di dalam peraturan-peraturan khas, tiada individu dibenarkan untuk menyertai mana-mana peraduan lebih daripada sekali.
  2. Hadiah-hadiah hendaklah dituntut dalam tempoh 1 bulan dari tarikh pemberitahuan. Selepas tempoh tersebut, hadiah-hadiah yang tidak dituntut akan dibatalkan pemberian-pemberian mereka. Adalah difahami bahawa HOT FM memiliki hak mutlak ke atas hadiah-hadiah yang tidak dituntut. HOT FM tidak akan membuat sebarang pemberitahuan kepada para pemenang berkenaan baki tempoh yang tinggal. Pemenang-pemenang mempunyai tanggungjawab mutlak menuntut hadiah-hadiah yang dimenangi di dalam tempoh yang dinyatakan di atas.
  3. Kecuali dinyatakan sebaliknya kepada pemenang-pemenang, hadiah-hadiah perlu dituntut secara sendiri oleh pemenang-pemenang. Semasa menuntut hadiah, pemenang dikehendaki untuk menunjukkan pengenalan diri yang mana pengenalan diri tersebut adalah dokumen bergambar pemenang tersebut, sebagai contoh, antara lainnya adalah termasuk kad pengenalan, lesen memandu dan pasport.
  4. Jika HOT FM memilih untuk menghantar satu-satu hadiah melalui pos atau kourier, HOT FM tidak akan bertanggungjawab terhadap keselamatan dan jaminan penyerahan hadiah melalui pos. HOT FM secara nyata melepaskan segala liabiliti dan tanggungjawab yang timbul hasil daripada kehilangan, Kerosakan atau kegagalan penyerahan hadiah.
  5. Dalam keadaan-keadaan tertentu dan tertakluk kepada budibicara mutlak HOT FM , seseorang pemenang boleh melantik wakil yang ditentukan untuk menuntut hadiah. Kebenaran bertulis dan pengenalan diri untuk kedua-dua pemenang dan wakil hendaklah dikemukakan semasa tuntutan dibuat.
  6. Jika seseorang pemenang memilih untuk menolak penerimaaan sesuatu hadiah, hak pemenang tersebut akan dibatalkan ke atas hadiah tersebut, yang mana ianya akan diuruskan menurut budibicara penuh HOT FM .
  7. Pemenang-pemenang di bawah umur 18 tahun hendaklah diiringi oleh ibu/bapa/penjaga sah semasa tuntutan hadiah. Kedua-dua pemenang dan ibu/bapa/penjaga sah perlu menandatangani peraturan-peraturan am peraduan ini serta menunjukkan pengenalan diri yang secukupnya.
  8. Salinan-salinan peraturan-peraturan am dan hendaklah dikemukakan peraduan hendaklah ditandatangani atau disahkan oleh mana-mana pemenang apabila diminta oleh HOT FM
  9. Hadiah-hadiah tidak boleh dipindahmilik, mesti digunakan dalam tempoh masa yang ditetapkan (yang mana berkenaan) dan tidak boleh ditukarkan dengan wang tunai.
  10. Risiko penggunaan/pengambilan hadiah-hadiah adalah di bawah tanggungan pemenang-pemenang secara keseluruhannya, dan HOT FM melepaskan kesemua jaminan dan tanggungjawab ke atas sebarang hadiah sejauh mana yang dibenarkan oleh undang-undang.
  11. HOT FM , ejen-ejennya, penaja-penajanya, wakil-wakilnya dan pihak-pihak yang berkaitan dengannya adalah tidak bertanggungjawab ke atas hadiah-hadiah yang rosak atau penyalahgunaan mana-mana hadiah, atau apa-apa tuntutan, liabiliti, kerugian atau kerosakan yang timbul, hasil daripada atau berkaitan dengan apa-apa peraduan yang dipromosikan atau dianjurkan oleh HOT FM
  12. Berkenaan apa-apa hadiah yang membabitkan penyertaan di dalam apa-apa aktiviti:

    (a) HOT FM dan pekerja-pekerjanya serta ejen-ejennya adalah dilepaskan dan dilindungi oleh pemenang berkaitan apa-apa tuntutan kemalangan, kecederaan, kerosakan hartabenda atau kehilangan nyawa berkaitan dengan penyertaan seseorang pemenang untuk sesuatu hadiah.
    (b) Di atas budi bicara mutlak HOT FM , pemenang boleh diminta untuk menandatangani satu persetujuan indemniti atau perlindungan dalam bentuk yang dikehendaki oleh HOT FM sebagai salah satu prasyarat pemilikan hadiah.
    (c) Jika pemenang adalah di bawah umur 18 tahun, ibu/bapa/penjaga sah boleh di atas budi bicara mutlak HOT FM menandatangani satu persetujuan indemniti atau perlindungan dalam bentuk yang dikehendaki oleh HOT FM dan persetujuan kebenaran untuk penyertaan pemenang untuk sebagai salah satu prasyarat pemilikan hadiah pemenang tersebut.
  13. Jika sesuatu hadiah yang dinyatakan tidak dapat disediakan hasil daripada keadaan-keadaan yang tidak dapat dijangkakan atau dielakkan, HOT FM boleh menggantikan hadiah tersebut dengan hadiah yang hampir serupa atau dengan hadiah yang lain bernilai sama mengikut budi bicara mutlak HOT FM
  14. Melainkan dinyatakan sebaliknya, untuk sebarang hadiah perjalanan yang membabitkan penerbangan, kelas perjalanan adalah kelas ekonomi.
  15. Pemenang juga boleh dikehendaki oleh HOT FM untuk mengambil bahagian di dalam sesi foto, video dan/atau filem dan hendaklah mengiktiraf bahawa HOT FM mempunyai hak untuk menggunapakai gambar-gambar publisiti, video-video dan/atau filem-filem dalam apa jua medium dan dalam apa jua cara yang HOT FM fikirkan perlu dan sesuai, melainkan seseorang pemenang itu pada masa penyertaan peraduan meminta HOT FM untuk tidak mendedahkan identitinya. Sekiranya peserta meminta supaya HOT FM tidak mendedahkan identitinya, HOT FM mempunyai budi bicara mutlak sama ada untuk menerima atau tidak.
  16. Penyertaan-penyertaan peraduan dan sebarang material yang dihantarserah berkaitan dengan mana-mana peraduan (sama ada bertulis, berbentuk audio atau visual, atau kombinasi kedua-duanya) atau apa-apa gambar, video dan/atau rakaman filem atau rakaman audio yang diambil ke atas peserta-peserta adalah hakmilik HOT FM . HOT FM berhak untuk menggunakan material tersebut dalam apa jua medium dan dalam apa jua cara yang munasabah yang difikirkan perlu. Hakcipta material-material tersebut di dalam ini juga adalah hakmilik HOT FM semata-mata.
  17. HOT FM berhak untuk menerbitkan, menyiarkan atau selainnya mendedahkan nama sesorang pemenang atau nama seseorang pesaing, perwatakan, perilaku, kenyataan atau apa-apa rakaman suara yang terbabit dalam pengiklanan atau aktiviti-aktiviti promosi yang melibatkan peraduan yang dimenangi, atau peraduan-peraduan HOT FM secara amnya. HOT FM berhak untuk mempromosikan atau mengiklankan seseorang pemenang dalam sesuatu peraduan. Semua pemenang adalah dengan ini bersetuju bahawa penggunaan nama mereka untuk tujuan pengiklanan, perniagaan atau promosi oleh HOT FM tanpa sebarang pampasan tambahan.
  18. Para pemenang adalah bertanggungjawab ke atas apa-apa dan segala cukai yang perlu dibayar ke atas hadiah-hadiah yang diberikan kepada atau diterima oleh mereka.
  19. Sekiranya dalam transaksi sesuatu peraduan:

    a) talian telefon terputus ; atau
    b) terdapat gangguan terhadap talian telefon semasa peraduan diadakan termasuklah situasi di mana terdapat beberapa talian telefon yang digunakan) atau;
    c) dua talian telefon saling bersaling (cross line) ketika peraduan ke udara diadakan
  20. HOT FM mempunyai budibicara mutlak:

    · untuk membatalkan penyertaan mana-mana pemanggil atau pemanggil-pemanggil yang tertentu
    · untuk tidak bertanggungjawab memberi sesuatu hadiah kepada pemanggil atau pemanggil-pemanggil yang tertentu; dan
    · boleh memberi hadiah kepada individu lain yang tertentu mengikut budibicara mutlaknya.
    · Di mana di dalam keadaan-keadaan tersebut keputusan-keputusan yang dibuat oleh HOT FM adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat atau perbincangan adalah tidak akan dilayan.
  21. HOT FM memiliki hak dan mempunyai budi bicara penuhnya untuk membatalkan penyertaan mana-mana individu yang ditakrifkan sebagai menggangu untuk tujuan menipu proses kemasukan atau penyertaan; atau operasi Peraduan atau kawasan, berkelakuan dalam keadaan melanggar atau berpotensi untuk melanggar mana-mana peraturan di dalam Peraturan-peraturan dan Kaedah-kaedah di dalam ini. Tiada sebarang surat-menyurat akan dilayan dalam keadaan ini HOT FM selanjutnya mempunyai hak untuk membatalkan, mengubahsuai, menggantung atau menangguhkan peraduan dalam keadaan-keadaan yang tidak dapat dielakkan yang mana adalah di luar bidangkuasa yang munasabah.
  22. Individu-individu adalah tidak layak untuk menyertai dan/atau memenangi sesuatu peraduan sekiranya:

    a) mereka adalah merupakan pekerja-pekerja atau ahli-ahli keluarga terdekat kepada pekerja-pekerja HOT FM, Media Prima Berhad sesuatu penaja/agensi pengiklanan atau agensi yang berkaitan dengan peraduan yang berkaitan.
    b) Mereka telah memenangi sesuatu hadiah/hadiah-hadiah daripada HOT FM atau dalam mana-mana peraduan HOT FM dalam masa 30 hari penyertaan peraduan tersebut yang apabila dinilai secara individu atau kolektif mencapai RM100.00 melainkan dinyatakan sesalinnya.
    c) Mereka telah memenangi hadiah bernilai RM101.00 sehingga RM500.00 daripada HOT FM atau dalam mana-mana peraduan HOT FM dalam tempoh 60 hari sebelum penyertaan peraduan tersebut melainkan dinyatakan sebaliknya
    d) mereka telah memenangi hadiah bernilai RM501.00 sehingga RM1,000.00 daripada HOT FM atau dalam mana-mana peraduan HOT FM dalam tempoh 60 hari sebelum penyertaan peraduan tersebut melainkan dinyatakan sebaliknya.
    e) mereka telah memenangi hadiah bernilai RM 1001.00 sehingga RM9000.00 atau lebih daripada HOT FM atau dalam mana-mana peraduan HOT FM dalam tempoh 240 hari sebelum penyertaan peraduan tersebut melainkan dinyatakan sebaliknya.
    f) mereka telah memenangi hadiah bernilai RM10,000.00 atau lebih daripada HOT FM atau dalam mana-mana peraduan HOT FM dalam tempoh 12 bulan sebelum penyertaan peraduan tersebut melainkan dinyatakan sebaliknya.
    g) didapati bahawa mereka telah menggunakan atau cuba untuk menggunakan lebih daripada satu nama untuk melayakkan diri untuk memenangi hadiah daripada HOT FM .
  23. .
  24. Peserta-peserta mengiktiraf bahawa HOT FM masih boleh menggunapakai Peraturan 18 dan/atau Peraturan 19 walaupun HOT FM hanya menyedari ketidaklayakan seseorang individu selepas HOT FM telah atau kelihatan telah menyerahkan hadiah kepada individu yang tidak layak tersebut. Pemulangan hadiah atau pembayaran wang tunai yang sama nilainya dengan hadiah tersebut kepada HOT FM boleh dituntut oleh HOT FM dalam situasi sebegini.
  25. HOT FM berhak untuk memasukkan informasi berkenaan penyertaan mana-mana peserta ke dalam apa-apa sistem data utama untuk kegunaan dalam apa-apa perkara.
  26. Di mana HOT FM mempunyai syarat-syarat serta peraturan-peraturan khas berkaitan peraduan tertentu, syarat-syarat serta peraturan-peraturan khas tersebut adalah terpakai dalam keadaan di mana syarat-syarat khas tersebut adalah tidak konsisten dengan perkara-perkara am di dalam ini.
  27. Individu di bawah umur 18 tahun adalah tidak layak untuk menyertai apa-apa peraduan sekiranya peraduan tersebut melibatkan pemberian hadiah yang merangkumi sesuatu kenderaan atau voucher kenderaan melainkan syarat-syarat khas menyatakan sebaliknya.
  28. Kegagalan HOT FM untuk menguatkuasa mana-mana peraturan-peraturan dalam apa jua keadaan tidak akan memberi sebarang tuntutan hak kepada mana-mana individu.
  29. Penafian-Penafian: Dengan penyertaan peraduan, setiap peserta bersetuju bahawa HOT FM, Media Prima Berhad , pekerja-pekerjanya, pegawai-pegawainya, pengarah-pengarah, ejen-ejen, badan-badan atau individu-individu yang berkaitan dengannya, syarikat induk, syarikat-syarikat naungannya dan wakil-wakilnya ("Penaja Peraduan") adalah tidak bertanggungjawab atau bertanggungrugi untuk sebarang kerosakan, kerugian, kecederaan, hak, tuntutan atau tindakan dalam apa jua bentuk yang berkaitan dengan peraduan tersebut, atau hasil daripada penerimaan, penyimpanan, penggunaan/penyalahgunaan hadiah-hadian, atau penyertaan dalam peraduan tersebut, termasuk tetapi tidak terhad kepada kecederaan peribadi, kematian, kerosakan harta benda dan tuntutan berdasarkan hak-hak publisiti, fitnah atau pencabulan privasi. Setiap perserta selanjutnya bersetuju bahawa penaja-penaja peraduan tidak akan bertanggungjawab atau bertanggungrugi terhadap mana-mana kelewatan penyertaan (termasuk transmisi data yang lewat), kacau ganggu, kekeliruan, ketidaksiapan, salah arah, kehilangan, kecacatan, kelewatan, kerosakan, penduaan atau selainnya yang tidak selaras dengan Peraturan-Peraturan dan Syarat-Syarat di dalam ini.
  30. HOT FM penyertaan melalui Internet adalah dipertanggungjawabkan di bawah risiko mutlak peserta. Penaja-penaja peraduan adalah tidak bertanggungjawab atau bertanggungrugi dan tidak akan bertanggungjawab atau bertanggungrugi ke atas sebarang kecederaan atau kerosakan terhadap peserta-peserta atau mana-mana komputer individu berkaitan dengan atau hasil daripada penyertaan atau muat turun material-material yang berkaitan dengan peraduan tersebut. Penaja-penaja peraduan juga adalah tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kesilapan, ketidakmasukan, gangguan, pemadaman, kecacatan, kelewatan dalam operasi atau transmisi akibat teknikal, perkakasan, perisian atau sebarang kegagalan telefon daripada sebarang segi, kehilangan atau ketiadaaan hubungan rangkaian, kegagalan hubungan komunikasi, kegagalan server, atau kegagalan, ketidaknyataan, ketidaksiapan, ketidaktepatan, kekeliruan, atau kelewatan komunikasi elektronik yang disebabkan oleh peserta-peserta atau daripada mana-mana peralatan atau program berkaitan dengan atau yang digunakan di dalam peraduan tersebut atau kesesakan trafik di dalam Internet atau di dalam mana-mana laman web, atau terjadi akibat kesilapan manusia yang mungkin terhasil daripada pemprosesan penyertaan-penyertaan peraduan tersebut, atau mana-mana kombinasi daripadanya.
  31. Peraduan ini adalah tertakluk kepada undang-undang Malaysia. Peraduan ini adalah terbatal jika ianya adalah dilarang atau dihalang oleh mana-mana undang-undang tempatan, negeri, negara atau mana-mana undang-undang kerajaan. Peraduan ini juga adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan dan Syarat-Syarat di dalam ini.
    Kelayakan-kelayakan atau halangan-halangan khas boleh diaplikasikan kepada peraduan - peraduan tertentu, yang mana dalam kes tersebut suatu penambahan terhadap peraturan - peraturan ini akan dinyatakan. Peraturan-peraturan ini boleh ditukar pada bila-bila masa oleh HOT FM tanpa memerlukan sebarang notis awal.
 

HOT FM WEBSITE TERMS OF USE

Welcome to Hot FM’s website at www.hotfm.com.my (“Site”) which is owned by SYNCHROSOUND STUDIO SDN BHD (“HOT FM”). This Site is operated by HOT FM and materials on the Site are owned, for the most part, by HOT FM. This Site may also include materials owned by third parties and posted on the Site by virtue of a license, grant or some other form of agreement between the third party and HOT FM.

Please read these terms of use carefully before using the Site. Access to this Site is subject to the terms of use set out below. If you do not agree with them, you should leave this Site immediately. Your use of the Site signifies your acceptance of the terms of use. Any questions or comments regarding, or problems with this Site should be sent to the Site Administrator at webmaster@hotfm.com.my.

By accessing and browsing the Site, you as the user accept without qualification, the terms of use set out below :

  1. This Site is owned and operated by HOT FM. Modification of any material from this Site or use for any other purpose is a violation of HOT FM’s copyright and other proprietary rights. Use of any such material from this Site on any other web site or computer environment is prohibited. Material from this Site or any other web site owned, operated, licensed or controlled by HOT FM may not be copied, reproduced, republished, uploaded, posted, transmitted or distributed in any manner.
  2. All names, symbols, logos and marks appearing in this Site, except as otherwise noted, are trademarks owned or used under license by HOT FM or its affiliates. The use of these trademarks or any other material on this Site is prohibited.
  3. The User is also strictly prohibited from creating works or materials that derive from or are based on the materials contained in this Site including without limitation, fonts, icons, link buttons, wallpaper, desktop themes, online postcards and greeting card and/or unlicensed merchandise. The prohibition applies regardless of whether the derivative materials are sold, bartered or given away.
  4. You are welcome to post, transmit or submit messages and other materials (which include uploading files, inputting data or any other materials or engaging in any form of communication in connection with this Site) (collectively, “Messages”) to bulletin boards, chat rooms or other public areas within or in connection with, this Site (collectively, “Forums”). However, HOT FM accepts no responsibility whatsoever in connection with or arising from such Messages.
  5. The User agrees not to use the Site and/or the Forums to :
      • upload, post otherwise transmit any information, data, text, software, music, sound, photographs, graphics, video, messages or other material (“Content”) that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortuous, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another’s privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable;
      • harm minors in any way;
      • impersonate any person or entity or falsely state or otherwise misrepresent your affiliation with a person or entity;
      • forge headers or otherwise manipulate identifiers in order to disguise the origin of any Content transmitted through the HOT FM’s website or develop restricted or password-only access pages, or hidden pages or images (those not linked to from another accessible page);

    .

      • upload, post or otherwise transmit any Content that the User do not have a right to transmit under any law or under contractual or fiduciary relationships (such as inside information, proprietary and confidential information learned or disclosed as part of employment relationships or under non-disclosure agreements) ;
      • upload, post or otherwise transmit any Content that infringes any patent, trademark, trade secret, copyright or other proprietary rights of any party;

    .

      • upload, post or otherwise transmit any unsolicited or unauthorized advertising, promotional materials, "junk mail," "Spam," "chain letters," "pyramid schemes,"or any other form of solicitation, except in those areas of the HOT FM that are designated for such purpose;
      • upload, post or otherwise transmit any material that contains software viruses or any other computer code, files or programs designed to interrupt, destroy or limit the functionality of any computer software or hardware or telecommunications equipment;

    .

      • disrupt the normal flow of dialogue, cause a screen to "scroll" faster than other users of the Service are able to type, or otherwise act in a manner that negatively affects other users' ability to engage in real time exchanges;
      • interfere with or disrupt the HOT FM website or servers or networks connected to the HOT FM website, or disobey any requirements, procedures, policies or regulations of networks connected to the HOT FM website;
      • intentionally or unintentionally violate any applicable local, state, national or international law, including, but not limited to, regulations promulgated by the Kuala Lumpur Stock Exchange, any rules of any national or other securities exchange without limitation and any regulations having the force of law;
      • "stalk" or otherwise harass another;

    .

      • collect or store personal data about other users;
      • promote or provide instructional information about illegal activities, promote physical harm or injury against any group or individual, or promote any act of cruelty to animals. This may include, but is not limited to, providing instructions on how to assemble bombs, grenades and other weapons, and creating "Crush" sites;

    .

      • use any service (or directory) as storage for remote loading or as a door or signpost to another home page, whether inside or beyond HOT FM website community;
      • engage in commercial activities on the Site without HOT FM’s express approval. This includes, but is not limited to, the following activities:
    offering for sale any products or services;
    soliciting for advertisers or sponsors;
    conducting raffles or contests that require any type of entry fee;
    displaying a sponsorship banner of any kind, including those that are generated by banner or link exchange services ; and
    displaying banners for services that provide cash or cash-equivalent prizes to users in exchange for hyperlinks to their web sites.


5.         HOT FM assumes no responsibility for the timeliness, misdelivery, deletion or failure to store Chat sessions or Forum postings.
6.         HOT FM reserves the right, for any reason to remove without notice any Forum posting but has no obligation to delete any content you may find objectionable.
7.         You agree that any Message whatsoever submitted by you becomes the property of HOT FM and may be used, copied, sublicensed, adapted, transmitted, distributed, publicly performed and published, displayed or deleted as HOT FM sees fit at its absolute discretion.
8.         A User who uses, or makes decisions based on information contained in this Site on any Linked Site (links to third party sites) does so at the User’s own risk. By accessing this Site or any Linked Site, the User agrees to hold HOT FM and its affiliates harmless against any claims for damages arising from any decisions that the User makes based on such information.

9.         THE USER AGREES THAT IN THE EVENT THAT HOT FM, OR ANY OF ITS AFFILIATES, OR ANY OF THEIR OFFICERS, DIRECTORS, EMPLOYEES, AGENTS OR THE LIKE, ARE MADE LIABLE FOR ANY LOSS OR DAMAGES RESULTING FROM ANY INFRINGEMENT OF COPYRIGHT OR OTHER PROPRIETARY RIGHTS, OR FROM OTHER HARM ARISING FROM YOUR UPLOADING OR DISTRIBUTION OF CONTENT, YOU WILL INDEMNIFY HOT FM FOR ALL SUCH LIABILITY AND ITS LEGAL COST ON FULL INDEMNITY BASIS.

Disclaimer
Information contained in this Site, is provided “as is” and “as available” and without warranties of any kind either express or implied. HOT FM does not warrant that the functions contained in the materials will be uninterrupted or free from errors, that defects will be corrected, or that this Site or the server that makes it available are free of viruses or other harmful components. HOT FM disclaims liability for and does not warrant or make any representations regarding the use, interpretation or results of the use of materials in this Site in terms or their correctness, accuracy, timeliness, reliability or otherwise.

Jurisdiction
As this Site is operated by HOT FM from within Malaysia, these terms of use shall be governed by and enforced in accordance with the laws of Malaysia. If a court of competent jurisdiction finds any part of these terms of use void or unenforceable, the remainder should be enforced and the court should use its authority to amend it in order to fulfill the stated purposes of these terms of uses to the fullest extent permitted by law.