Waris timang anak lelaki | Hot FM
Home > Ceritera Artis > Waris Timang Anak Lelaki

Waris Timang Anak Lelaki

wagi1-transformedPenyanyi rap hip-hop terkenal dengan dialek Negeri Sembilan, Waris kongsi berita yang amat mengembirakan apabila isterinya, Izzati Amirah Kamaruddin, selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka pada jam 1.43 pagi tadi.

Waris atau nama sebernya, Muzammil Alias, 27 menghebahkan berita gembira itu melalui laman media sosial Instagram dengan memuat-naik gambar pertama anak lelakinya itu, Waris turut kongsikan juga nama penuh yang diberi, Muddassir Bin Muzzammil

“Alhamdulillah..Muddassir Bin Muzzammil selamat dilahirkan secara normal jam 1.43am tadi..Welcome to the world,son! #daddysboy #futurehorsebackarcher #parentsquad #berselubungbinberselimut terima kasih semua yg doakan anak saya di komen bawah ni” kata penyanyi yang popular dengan lagu “Rembau Most Wanted”.

Tahniah kami ucapkan buat Waris sekeluarga 🙂

website_thumbnail

You may also like
Kecik Umum Tinggalkan Hyper Act
2 Rakyat Malaysia ‘Tawan’ China!
Wings Bakal Gegar Sabah!
Remy Ishak Kaji Hidup Nelayan