Home > #PenaHot > 10 Tahun Terpisah, Siapa Sangka Gadis Ini Bertemu Bapa Kandungnya Dengan Cara…

10 Tahun Terpisah, Siapa Sangka Gadis Ini Bertemu Bapa Kandungnya Dengan Cara…

Sungguh cantik aturanNya. Walaupun anak beranak kandung ini sudah terpisah hampir 10 tahun, tapi siapa sangka mereka mampu bertemu kembali dalam situasi yang tidak di duga.

Di Indonesia, seorang pelajar sekolah menengah tergamam apabila penunggan Grabbike yang dipesannya selepas pulang dari sekolah, merupakan bapa kandungnya sendiri.

Instastory Salma yang bertemu ayahnya

Dewi Salma Zuhara, 17, berkongsi detik bermakna dalam hidupnya itu dengan memuat naik gambar beserta dengan kapsyen yang berbunyi”

Tadi pulang sekolah aku order grabbike. Terus dapet kan drivernya. Aku gaterlalu merhatiin. Pas drivernya dating, aku liat, ternyata papahku sendiri. Fyi, papa mamaku cerai udh lama gt trs gatau kabar papah lg. Skrg dipertemuin sm Tuhan gini caranya. Aku terharu bgt setelag gaketemu papahku bertahun2.”

Menurutnya, beliau memesan khidmat grabbike selepas pulang dari sekolah. Namun, setelah pemandunya datang, beliau terkejut selepas melihat pemandu berkenaan adalah bapa kandungnya sendiri.

“Untuk pengetahuan, kedua ibu dan bapa saya sudah lama bercerai sehingga sudah lama tidak dengar khabar bapa saya lagi. Sekarang begini caranya Tuhan untuk pertemukan saya dengan papa. Saya terharu setelah bertahun tahun tidak berjumpa dengannya.” Ujarnya lagi.

Salma turut mengakui bahawa beliau tidak mengetahui bapanya bekerja sebagai pemandu Grab, susulan terpisah dengan bapanya sewaktu usianya masih 7 tahun.

When people you don't even know hate you, that's when you know you're the best👌 . 📷: @jeff_arief

A post shared by Dewi Salma Zuhara (@salmazuharaa) on

Walaupun Salma dan bapanya masing-masing tidak banyak berbual susulan janggal bertemu buat kali pertama, bapanya sempat memberi nasihat berguna kepadanya supaya menjadi anak yang baik sehingga dapat membuat ibunya bangga dan dapat membantu ibunya.

Bapanya turut tidak mahu menerima sebarang bayaran selepas menghantar Salma ke sebuah restoran yang ingin dituju bersama rakan-rakannya.

Walaupun pertemuan berkenaan singkat, Salma sempat bertanyakan tempat tinggal lelaki tersebut dan merancang untuk melawatnya lagi.

Bertuah sungguh Salma dan bapanya. Semoga hubungan mereka sekeluarga kekal utuh sehingga ke akhir hayat.

 

Sumber dari: kumparan.com