Connect with us
Hot Kool Jam

Konsert

20 Tahun Dalam Industri Seni, Tomok Cari Penaja Konsert Reunion New Boyz

Tomok rancang mengadakan Konsert Reunion New Boyz pada tahun ini.

Published

on

Penyanyi, Tomok bersama rakan dalam band merancang untuk mengadakan Konsert Reunion New Boyz pada tahun ini dan sedang mencari penaja.

“Saya kini sedang mencari penaja untuk menjadi penaja utama Konsert Reunion New Boyz. Kalau ikutkan perancangan asal, kami nak adakan konsert itu dalam tahun ini.

“Namun, sekarang pun dah masuk September dan kami masih lagi mencari penaja. Insya-Allah, kalau semuanya berjalan lancar, ia akan berlangsung pada tahun depan,” kata Tomok atau nama penuhnya Shah Indrawan Ismail.

New Boyz sudah 20 tahun bertapak dalam industri hiburan tanah air. Mereka begitu popular dengan lagu Sejarah Mungkin Berulang, Meraung, Rajuk di Hati, Norkia dan banyak lagi.

Semoga impian mereka untuk menganjurkan konsert tercapai.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest