Home > #PenaHot > 7 Orang Ini Diuji Menjawab Dalam Bahasa Malaysia Sepenuhnya

7 Orang Ini Diuji Menjawab Dalam Bahasa Malaysia Sepenuhnya

Anda sedar tak, tak semua antara kita yang boleh berbahasa Malaysia sepenuhnya, walaupun Bahasa Malaysia ialah bahasa ibunda kita. Susah sebenarnya nak bercakap menggunakan bahasa Malaysia, lagi lagi yang tepat, dan penuh, dalam percakapan sehari-harian.

Tak percaya?

Jom kita buat eksperimen terhadap beberapa orang.

Soalan yang ditanyakan adalah dalam Bahasa Malaysia sepenuhnya, kita tengok macam mana jawapan mereka.

 

  1. Soalan : Apa benda paling manarik terjadi dekat anda pada hujung minggu baru baru ni?

 

  1. Soalan: Kemana destinasi impian anda selepas ini dan kenapa?

 

  1. Soalan: Anda sedang berjalan di belakang seseorang, dan ternampak duit terjatuh dari poketnya. Apa yang anda lakukan?

 

  1. Soalan: Apakah satu benda yang anda sangat mahukan sekarang, dan kenapa?

 

  1. Soalan: Apa yang anda sangat suka tentang tempat kerja anda?

 

  1. Soalan: Anda teringin ayam goreng Nyam Nyam. Sila buat panggilan telefon untuk membuat pesanan.

 

  1. Soalan: Apakah benda paling menarik anda terima baru baru ini?

 

Maka, yang mana anda rasakan yang (hampir) sempurna percakapan bahasa Malaysia nya? Susah, tahu?

Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan setiap Oktober, apa kata kita semua cuba berbahasa Malaysia sepenuhnya. Tak sempurna terlalu mengikut tatabahasa yang mantap pun takpa lah, asalkan penuh penggunaan Bahasa Malaysia dalam percakapan.

Pandai berhasa Inggeris itu sangat lah bagus, there’s absolutely nothing wrong with it. Cuma, cuba untuk tidak mencampur-adukkan perkataan Inggeris dan Bahasa Malaysia dalam satu-satu ayat. Boleh ke? Cuba cabar diri sendiri. Biasakan yang betul, betulkan yang biasa.

 

Kuat burung kerana sayap,

Kuat ketam kerana sepit,

Kuat bangsa kerana bahasa.

Leave a Reply