Connect with us
Hot Kool Jam

Hiburan

3 Artis Pilihan Siti Nurhaliza Sekiranya Anta Permana Tercalon ke Pentas AJL Ke-34

Datuk Seri Siti Nurhaliza bersikap terbuka jika pencipta lagu Anta Permana, Hael Husaini dan Ezra Kong mahu mencalonkan single itu dalam Muzik Muzik 34, biarpun beliau sudah tidak lagi bertanding pada Anugerah Juara Lagu (AJL).

Published

on

Datuk Seri Siti Nurhaliza bersikap terbuka jika pencipta lagu Anta Permana, Hael Husaini dan Ezra Kong mahu mencalonkan single itu dalam Muzik Muzik 34, walaupun beliau sudah tidak lagi bertanding pada Anugerah Juara Lagu (AJL).
Mencipta rekod dengan lebih 6.4 juta tontonan dalam tempoh sebulan sebaik dilancarkan di YouTube, single Anta Permana yang menyaksikan persembahan vokal berbeza daripada Siti, pantas menarik perhatian hingga rakaman video parodi tular.
Image result for siti nurhaliza anta permana
Terbaru menerusi temubual Siti melalui slot CTFM di Hot FM hari ini, beliau mendedahkan tiga artis pilihannya sekiranya Anta Permana tercalon ke Pentas AJL Ke-34.
Image result for siti nurhaliza hot fm
Menurut Siti, beliau menyerahkan soal penyanyi pengganti yang bakal mendendangkan lagu berkenaan di tangan komposer.

Namun, secara peribadi, saya membayangkan Ernie Zakri. Ini kerana saya suka melihat kemampuan Ernie dalam menyanyikan lagu tradisional dan balada.

Siti turut berseloroh dengan meminta Hael atau pengacara Sherry Alhadad menyanyikan lagunya itu.

Saya nak Sherry, sebab haritu masa dekat AJL-33 dia ajuk saya kan.. Hahahahaha ada-ada je mereka ni.
https://www.youtube.com/watch?v=M8pEoTmBxpI

Dalam perkembangan lain, selepas Jakarta, konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour 2019 akan diadakan di Singapura esok disusuli Kuala Lumpur pada 16 Mac.
 

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest