Connect with us
Hot Kool Jam

Viral

30 Tahun ‘Bela’ Cacing Dalam Kepala Punca…

Cepat-cepat check kalau anda selalu sakit kepala.

Published

on

Ramai yang mengalami sakit kepala sekurang-kurangnya sekali seumur hidup dan ia selalunya dianggap sebagai penyakit biasa kerana kesakitan yang dirasakan sementara sahaja.

Namun, sakit kepala yang dialami perlu dikenal pasti samada ia serangan biasa atau bahaya.

Tidak dinafikan ada sakit kepala tidak membahayakan tetapi sesetengahnya boleh menyebabkan masalah besar atau lebih teruk sehingga menjejaskan rutin harian seseorang.

Itulah yang berlaku kepada seorang lelaki berusia 59 tahun yang menderita sakit kepala selama 30 tahun lamanya.

Apabila menjalani pemeriksaan, doktor mengeluarkan cacing parasit yang ditemui di dalam tengkoraknya.

Terkejut dan tidak percaya? Ini cerita benar. Menerusi sebuah portal hiburan online, lelaki dikenali sebagai Zhang itu menderita sakit kepala dan migraine sejak 1989 lagi.

Menurut doktor di hospital Guangzhou, hasil imbasan yang dilakukan ke atas lelaki tersebut menemukan cacing sepanjang 10cm yang sudah bersarang dalam kepalanya.

Doktor yang bernama Yang Xueing itu menjelaskan cacing tersebut mungkin berpunca dari air sungai yang Zhang minum atau dari makanan dua alam yang diamalkan Zhang iaitu katak atau ular memandangkan dia tinggal di kawasan perkampungan gunung.

Pengajarannya, jangan ambil mudah kalau anda selalu mengalami sakit kepala. Buat lah pemeriksaan dengan doktor segera. Paling penting, minum air dari sumber yang bersih.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest