Connect with us
Projek Radio

Selebriti

#36TahunTV3, Ini Antara Personaliti Televisyen Yang Mungkin Anda Tidak Boleh Lupa

Siapa yang dalam fikiran anda?

Published

on

Sempena ulang tahun TV3 yang ke 36 pada 1 Jun 2020, pasti ada memori yang anda tidak dapat lupakan sepanjang mengikuti siaran ini kan?

Antara program yang mendapat sambutan semestinya berita yang baru-baru ini telah berjaya mencatatkan peningkatan jumlah penonton tertinggi dengan Buletin Utama siaran TV3 mendahului senarai.

Peningkatan mendadak itu adalah berikutan kejayaan stesen penyiaran TV3 menyampaikan berita, maklumat sahih dan terkini kepada penonton di rumah semenjak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

Anda juga pasti mempunyai penyampai berita dan personaliti televisyen paling ‘legend‘ dalam fikiran ketika ini kan? Jom kita saksikan:-

1. Karam Singh Walia

Dato’ Karam Singh Walia merupakan wartawan penyiaran Malaysia yang telah berkhidmat dengan TV3 dari tahun 1990 hingga 2014. Laporan beliau disiarkan menerusi Buletin Utama, TV3. Siapa tak kenal dengan beliau yang suka menyelitkan peribahasa di akhir dan setiap laporan yang disampaikan.

2. Normala Samsudin

WOW!! GAMBAR Terkini Bekas Pengacara Nona, Normala Samsudin Yang ...

Puan Sri Datin Seri Normala Samsudin yang lahir pada tahun 1964 merupakan seorang pengacara TV, pelakon dan penyampai berita. Beliau mula aktif dalam industri seni dari tahun 1990–2004. Beliau juga merupakan bekas pengacara rancangan majalah wanita TV3, Nona yang dihoskannya dari 2001 hingga 2004. Beliau kemudian mendirikan rumahtangga dengan Tan Sri Datuk Seri Azmi Khalid pada tahun 2005. Selain itu, Normala pernah digandingkan bersama Allahyarham Aziz Desa sebagai pengacara rancangan Seulas Pinang. Menerusi lakonan pula, beliau telah menjayakan beberapa watak termasuklah dalam filem Gerak Khas The Movie (2001), Idola (2002), Gerak Khas The Movie II (2002) dan Neon (2003).

3. Aziz Desa

Aziz Desa meninggal dunia | Astro Awani

Abdul Aziz bin Desa atau lebih dikenali sebagai Aziz Desa lahir pada 15 Januari 1965. Beliau bagaimanapun telah meninggal dunia pada 27 Disember 2015. Allahyarham merupakan seorang pengacara TV, wartawan, ahli perniagaan dan aktivis pelancongan Malaysia. Beliau dikenali dalam bidang pengacaraan dengan sikap ramah, petah dan jiwa Melayu yang tinggi dengan bait-bait ayat perangsang, “Cermin-cerminkan diri anda.” Antara program TV popular kendaliannya ialah Malaysia Hari Ini, Seulas Pinang di TV3 dan Nasi Lemak Kopi O di TV9. Beliau juga mengacarakan slot Jejak Kasih yang yang cukup ditunggu-tunggu penonton suatu ketika dahulu dan antara ayat yang sering diungkapkan ialah “Yang jauh kita dekat-dekatkan, yang dekat kita mesrakan, yang mesra kita serasikan”. Menariknya, anak Allahyarham Aziz Desa yang bernama Mas Zharif ketika ini mengikut jejak langkahnya sebagai penyampai berita di TV9.

Abang saya mula dari bawah” - Bapa dah lama tiada, 'membawang ...

4. Raymond Goh

Siapa tak kenal dengan salah seorang yang diberi gelaran mempunyai Golden Voice ini? Jika anda pernah menonton berita TV3 pada tengah malam, pasti anda akan ingat dengan wajah ini. Berkecimpung di dalam dunia pengacaraan hampir 17 tahun, beliau sehingga kini masih lagi berkhidmat menyampaikan berita Nightline dan yang paling menarik, beliau masih aktif di laman Twitter tau! Boleh la berinteraksi bersama beliau di platform tersebut.

5. Zainal Ariffin Ismail

Zainal Ariffin pun makan patin tempoyak? | Blog Viral Makan Sedap

Satu lagi permata yang pernah mewarnai program-program menerusi saluran TV3, iaitu Zainal Ariffin Ismail. Beliau adalah penyampai berita dan pengacara popular TV3 sejak awal 1990-an. Antara rancangan yang pernah dikendalikan adalah Misteri Nusantara, Jejak Rasul dan terbaru, Da’i Pendakwah Milenia.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest