Home > #PenaHot > 4,000 Hari Sejak Penampilan Pertama Kumpulan BIGBANG

4,000 Hari Sejak Penampilan Pertama Kumpulan BIGBANG

Peminat BIGBANG pastinya menantikan tarikh 31 Julai 2017 yang merupakan sambutan 4000 hari sejak BIGBANG membuat debut mereka pada tahun 2006.

BIGBANG membuat penampilan pertama pada 19 Ogos 2006 apabila mereka tampil di Konsert Ulang Tahun ke-10 YG Family. Kemudian pada 22 Disember 2006 mereka melancarkan album pertama mereka berjudul “BIGBANG Vol.1 Since 2007” yang mengandungi 11 buah lagu.

Sebelum terbentuknya kumpulan BIGBANG, 2 orang ahli kumpulan BIGBANG iaitu G Dragon & Tae Yang sudah pun mencipta nama bersama dengan YG Family sejak mereka berdua berumur 12 tahun lagi dan dikenali sebagai GD & YB.

Selama bertapak dalam industri muzik kumpulan BIGBANG memenangi kebanyakan anugerah muzik di Korea Selatan.  Mereka juga pernah memenangi anugerah “Best Worldwide Act” di 2011 MTV Europe Music Awards menewaskan penyanyi lain seperti Britney Spears. BIGBANG telah mengumpul kira-kira lebih daripada 100 anugerah sepanjang karier mereka.

Sebenarnya Deen pun pernah berada di belakang pentas bersama dengan beberapa orang ahli anggota BIGBANG pada tahun 2011 sempena dengan Korean Music Wave 2011 di Stadium Merdeka. Tak percaya? Tengok video kat bawah ni

Peminat kumpulan BIGBANG digelar VIP dan sempenat dengan 4000 hari BIGBANG para peminat mereka telah membanjiri twitter dengan hashtag #BIGBANG4000DAYS

Ini antara tweet oleh peminat BIGBBANG di Malaysia. VIP Malaysia!

 

Artikel oleh : @deen_hotfm