Connect with us
Projek Radio

Muzik Buzz

ICSYVMY: Sufian Suhaimi Dilabel Artis Undangan Paling Bijak!

Peserta episod kali ini semua lelaki!

Published

on

Program rancangan muzik misteri I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) musim ke-3 telah pun memasuki episod ke 10 sekaligus menjadikan ia adalah episod terakhir yang ditayangkan pada tahun 2020.

Masih menampilkan Sean LJE dan Shuk Sahar selaku pengacara, rancangan itu juga turut dibarisi Jihan Muse, Yusry Abd Halim dan Mark Adam sebagai penyiasat tetap.

Dalam ICSYVMY episod akhir yang ditayangkan pada 19 April 2020, Sufian Suhaimi telah dipilih untuk menjadi tetamu jemputan, manakala pelakon Fizz Fairuz serta Jasmine Suraya sebagai penyiasat jemputan.

Pada akhir rancangan berkenaan, dapat penonton lihat bahawa Sufian Suhaimi telah berjaya memilih peserta yang memiliki suara lunak untuk bergandingan bersamanya.

Menjengah ke laman Youtube, penonton turut bersetuju dengan pemilihan penyanyi yang sebelum ini pernah memenangi kategori Persembahan Terbaik menerusi lagu Di Matamu pada malam Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33) itu.

Rata-rata turut beranggapan bahawa episod yang terakhir adalah episod yang paling seronok kerana Sufian bijak menyingkirkan penyamar dan memilih penyanyi sebenar.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest