Connect with us
You Da Boss

Uncategorized

5 CARA SEMPOI NAK KONGSI REZEKI

Bila sebut tentang kekayaan, semua orang teringin nak menjana lebih pendapatan daripada apa yang kita ada sekarang. Nak, nak lagi zaman social media ni, ada banyak dan bermacam jenis cara untuk hasilkan duit dengan hanya mengunakan internet.

Published

on

Bila sebut tentang kekayaan, semua orang teringin nak menjana lebih pendapatan daripada apa yang kita ada sekarang. Nak, nak lagi zaman social media ni, ada banyak dan bermacam jenis cara untuk hasilkan duit dengan hanya mengunakan internet. Ada yang jual ubat peninggi, komen kat IG kata nak beli duit syling lama lah ataupun labur RM100 boleh dapat pulangan RM2,000 dalam masa seminggu, tapi cara-cara menjana pendapatan yang macam tu semuanya karut.

Harini Thelaki nak share tips “skim cepat kaya” yang confirm-confirm korang tak payah nak labur banyak sangat duit korang. Hanya ikut kemampuan dan paling penting sekali, cara-cara ni mudah sebab korang hanya perlu kongsi rezeki. Insyallah, pulangan yang korang akan dapat tu berlibat ganda.

5. Bagi Kucing Makan

Selalu kalau korang lepak mamak, mesti akan ada dua tiga ekor kucing yang datang dekat meja dengan bunyian suara comel minta share sikit makanan. Okay apa kata korang buat macam ni, pegi kat kedai runcit biasa atau 7E yang berdekatan dan beli makanan kucing yang ada. Tak mahal pun, dalam RM3 dah boleh beli makanan kucing dalam tin yang biasa tu. Lepas tu korang bagi la kucing tu makan, confirm kucing tu tak akan kacau lagi dah.

Bonus tips: Nak lagi best, beli makan kucing yang jenis biskut tu dan simpan dalam botol. So next time korang terjumpa kucing, korang bagi makanan kucing yang ada dalam botol tu. Settle!

4. Belanja Kawan-Kawan Secara Random

Ini apa yang aku selalu buat, dan perkara ni tak perlu pun korang buat banyak kali tapi selalu amalkan pun okay dah. Aku selalu pastikan tiap-tiap bulan aku akan belanja kawan-kawan atau pun sesiapa saja yang aku kenal secara random. Tak perlu plan out ke apa ke, maksudnya kalau nampak member beli air kat kedai, then belanja la sekali dalam bill korang tu. Atau kalau tengah lepak makan, belanja je lah member tu. Tanpa sebab dan paling penting tanpa berkira.

Bonus tips: Nak lagi random, belikan nasi lemak atau pun breakfast yang sedap untuk kawan-kawan kat office. Dapat pahala tau kalau belanja orang makan.

3. Jangan Berkira

Bila cakap pasal cepat kaya, tak semestinya apa yang kita buat tu kena mengunakan duit. Tapi boleh jadi jugak dengan pertolongan tanpa rasa berkira. Belanja, bersedekah atau berkongsi ni kan amalan mulia. Jadinya tak semesti untuk kita keluarkan duit yang banyak. Cukup sekadar mengunakan usaha kederat sendiri pun dah mampu menjana hasil rezeki mahupun pahala dimasa akan datang.

Haa… mana lagi 2 cara? kalau nak tahu anda kena layari https://www.thelaki.com.my/5-cara-mudah-kongsi-rezeki/ sekarang!

Penulis :THELAKI

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest