Connect with us
Nite Jam

Filem

5 Filem Terbaru Salman Khan Yang Mesti Ditonton

Selamat menonton!

Published

on

Selamat hujung minggu! Hari sabtu tengah hari ni biasa ramai yang baru bangun. Lepastu, taktau nak buat apa kan?

Takkan nak sambung tidur, come on! Apa kata pergi tengok filem Salman Khan seperti yang dibawah ni:-

Image result for bharat
1)Bharat

Filem ini ialah yang paling ditunggu-tunggu oleh semua peminat Salman Khan. Ditayangkan pada hari pertama Aidilfitri, filem ini mula mencapai kutipan yang tinggi sejak ia ditayangkan di pawagam. Pada yang tidak tahu, filem aksi ini sebenarnya adalah sebuah adaptasi versi Hindi dari drama Korea “Ode To My Father” yang popular pada tahun 2014. Mengisahkan tentang seorang kanak-kanak bernama Bharat yang baru berusia lapan tahun berjanji kepada bapanya yang dia akan melakukan apa sahaja demi sentiasa menyatukan keluarga mereka. Selepas 60 tahun, Bharat masih berpegang pada janjinya walaupun mereka sekeluarga perlu menempuh pelbagai cabaran.

Diarahkan oleh Ali Abbas Zafar, filem pecah panggung ini turut diterajui oleh Katrina Kaif, Tabu, Sunil Grover, Disha Patani dan Jackie Shroff.

Tarikh tayangan: 5 Jun 2019

 

Image result for dabangg 3

2)Dabangg 3

“Dabangg 3” adalah sekuel kepada “Dabangg 2” 2012 dan merupakan filem ketiga dari francais filem bersiri “Dabangg”. Sama seperti “Bharat”, filem ini turut dinantikan oleh para peminat.Salman Khan dikekalkan untuk menerajui watak Inspektor Chulbul Pandey dan ada laporan mengatakan bahawa tenaga produksi menggunakan teknologi CGI bagi membuatkan aktor itu kelihatan lebih muda untuk babak ‘flashback’ Chulbul. Sebelum ini tenaga produksi filem telah dilanda kontroversi apabila diberikan amaran daripada Tinjauan Arkeologi India (ASI) akibat melanggar Akta Monumen Purba dan Tapak Arkeologi dan Akta Kekal 1958.

Pengarah bagi filem ini adalah Prabhu Deva dan menampilkan pelakon lain seperti Sonakshi Sinha, Sudeep, Mahie Gill, Arbaaz Khan dan Nikitin Dheer.

Tarikh tayangan: 20 Disember 2019

 

Image result for inshallah salman khan alia bhatt

3)Inshallah

Menerusi filem ini, Salman akan digandingkan bersama aktres Alia Bhatt. Jarak usia kedua-dua aktor ini menimbulkan sedikit isu dan pelbagai spekulasi di laman media sebelum ini. Namun laporan mengesahkan bahawa mereka akan membawa watak sebagai pasangan kekasih. Salman akan memegang watak seorang ahli perniagaan berusia 40 tahun manakala Alia seorang pelakon bercita-cita tinggi berusia pertengahan 20-an.

Filem romantik komedi ini akan diarahkan oleh Sanjay Leela Bhansali dan setakat ini butiran mengenai barisan pelakon lain filem masih belum didedahkan lagi.

Tarikh tayangan: 24 Mei 2020

 

Image result for kick 2 salman khan

4)”Kick 2″

Filem aksi komedi “Kick” yang pertama telah ditayangkan pada 2014, diterbit dan diarahkan oleh Sajid Nadiadwala. Ia adalah sebuah ‘remake’ filem Telugu 2009 yang sama judul.Ia menampilkan Salman Khan bersama barisan pelakon seperti Jacqueline Fernandez dan Randeep Hooda sebagai peneraju utama serta Nawazuddin Siddiqui sebagai watak antagonis dalam filem ini.

Salman dan Sajid telah mengesahkan pembikinan sekuel yang akan ditayangkan pada 2020. Jacqueline Fernandez, Amy Jackson dan Amyra Dastur ialah tiga peneraju wanita utama.

Tarikh tayangan: Disember 2020

 

Image result for dancing dad salman khan

5)”Dancing Dad”

Walaupun tiada butiran lanjut mengenai filem arahan Remo D’Souza, namun sebelumnya laporan telah mengesahkan Salman akan menerajui filem ini dan digandingkan dengan Jacqueline Fernandez. Drama ini berkisar mengenai seorang bapa yang juga merupakan seorang penari cuba mengimbangkan kerjaya dan kehidupannya dalam menjalankan tanggungjawab untuk membesarkan anak perempuannya.

Tarikh tayangan: Belum diketahui

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest