Connect with us
Hot FM

Eksklusif

5 Iklan Raya Mesti Ditonton 2021

Mana satu video raya pilihan hati korang?

Published

on

SETIAP tahun, syarikat korporat di Malaysia pasti akan tampil dengan video kreatif sempena Aidilfitri.  Bukan sekadar hiburan, kemunculan iklan raya turut dinanti seluruh rakyat Malaysia kerana mesej yang ingin disampaikan melalui setiap video diterbitkan.

Meskipun sambutan Syawal tahun ini berbeza daripada kebiasaan, ia tidak menghalang untuk umat Islam menyambutnya dalam kesederhanaan dan menikmati video raya yang disediakan.

Berikut senarai iklan raya 2021 untuk tontonan anda.  

COURTS – Raya Ni Tak Best!

Rindukan kemeriahan raya sebelumnya, Sofia merasakan tahun ini mungkin sama seperti tahun lalu namun Sofia tiba-tiba mendapat kejutan yang tidak disangka.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

Tampil dengan video muzik bertemakan Aidilfitri, anda pasti akan terhibur dan terikut sama menyanyikan lagu dari video raya PTPTN ini. Di samping itu, PTPTN turut mempromosikan Kempen Jom Beraya, Jom Menyimpan 2021 yang akan berlangsung bermula 1 Mei sehingga 31 Mei 2021. 

Layari www.lovesspn.com untuk maklumat lanjut. 

SAFI – Raya Kau Hijau

Video ini mengisahkan tentang Ayu yang sentiasa beremosi apabila Kai sering menghalang pagar rumah Ayu dengan kenderaannya. 

Sehinggalah satu hari Ayu merasakan Kai cuba merampas emaknya dengan video masakan perkongsian Kai. Apakah kesudahan kisah mereka?

Senheng – Raya Penuh Bermakna

Iklan pendek ini mengetengahkan idea bahawa raya tidak semestinya perlu meriah dengan amalan terdahulu. Apa yang penting adalah untuk menyambutnya bersama insan tersayang.

GlaxoSmithKline (GSK) 

Kesihatan tetap penting dan perlu diutamakan rakyat Malaysia walau bagaimanapun sambutan Aidilfitri anda pada tahun ini. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin dari kami di Harian Metro!

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest