Connect with us

Filem

5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Tonton Dolittle

Best cerita ni!

Published

on

Pada 23 Januari 2020, peminat Robert Downey Jr. dah boleh ke pawagam berhampiran untuk menonton filem terbaharu lakonannya berjudul Dolittle. Filem tersebut merupakan sebuah remake dari filem yang dikeluarkan  pada tahun 1998 bertajuk Dr. Dolittle dibintangi oleh Eddie Murphy.

Selain Robert Downey Jr, Dolittle turut dibintangi pelakon lain termasuk Antonio Banderas, Marion Cotillard dan Rami Malek.

Dolittle mengisahkan Dr. John Dolittle yang hidup seorang diri bertemankan haiwan-haiwan disebalik tembok besar dan tinggi yang dibina pada abad ke-19.

Jalan cerita menjadi menarik apabila Ratu Victoria jatuh sakit dan gering. Tiada penawar dan doktor lain mampu merawatnya kecuali Dr Dolittle. Semenjak kematian kekasihnya, Dr. Dolittle tidak lagi merawat sesiapa dan disebabkan itu dia hidup seorang diri.

Namun, kedatangan seorang kanak-kanak lelaki membuatkan dia dan haiwan-haiwan lain untuk bekerjasama menyembuhkan Ratu Victoria. Namun mampukah dia merawatnya?

Sebelum anda menonton Dolittle, ini beberapa maklumat menarik yang perlu anda tahu:-

#1 Tiada Lagi Iron Man

Umum mengetahui perkara yang berlaku pada watak Robert Downey Jr dalam filem superhero terakhirnya kan? Jadi filem ini adalah peranan baru selepas peranan ikonik yang dilakonkan sebagai Tony Stark sekaligus menghilangkan watak itu dari dirinya.

#2 Pemenang & Calon Oscar Bergabung

Terdapa lima (5) pemenang Oscar dan tiga calon anugerah berprestij itu yang membintangi Dolittle. Pemenang Oscar termasuk Rami Malek, Marion Cotillard, Emma Thompson, Jim Broadbent dan Octavia Spencer. Sementara calon-calon Oscar dalam filem berkenaan termasuk Robert Downey Jr, Ralph Fiennes, dan Kumail Nanjiani.

#3 Diterbitkan Sendiri Oleh Isteri Robert Downey Jr.

Untuk pengetahuan umum, Dolittle turut diterbitkan sendiri oleh isteri kepada pelakon utama filem berkenaan iaitu Susan Downey. Susan sebelum ini turut penah menerbitkan filem Sherlock Holmes dan Iron Man 2.

#4 Tajuk Asal Sukar Disebut

Tahukah anda bahawa tajuk asal filem ini adalah Voyage of Doctor Dolittle? Jadi, disebabkan ia sukar untuk disebut, pihak produksi telah membuat keputusan untuk menyingkatkannya kepada Dolittle pada Ogos 2019.

#5 “Chemistry” antara Dr Dolittle Dengan Eddie Murphy

Terdapat persamaan antara dua pelakon yang membintangi filem ini iaitu hari ulang tahun kelahiran Robert Downey Jr yang jatuh pada 4 April, manakala Eddie Murphy pula pada satu hari sebelumnya 3 April. Kebetulan?

Dolittle sudah tayang di pawagam diseluruh Malaysia bermula 23 Januari 2020. Jadi jom, ajak rakan-rakan dan keluarga untuk tonton bersama!

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest