Connect with us
You Da Boss

Dhia

5 port lepak korang kena tahu tahun 2019!

BILA dah masuk tahun baru ni, takkan tempat lepak pun korang masih nak sama kan? Mesti korang pun duk google mana lagi tempat best nak ambil angin malam dan bersantai-santai melepaskan tekanan.

Published

on

BILA dah masuk tahun baru ni, takkan tempat lepak pun korang masih nak sama kan? Mesti korang pun duk google mana lagi tempat best nak ambil angin malam dan bersantai-santai melepaskan tekanan.

Jadi, untuk kali ini sis sempat menemubual  Amir Asyraf yang juga merupakan seorang Social Media Influencer dan traveller  yang rajin meneroka tempat-tempat baru.

Jom kita check apa agaknya tempat lepak yang kita boleh terjah untuk jumpa kawan-kawan lepas seharian kerja di pejabat.

STRATOSPHERE ROOFTOP BAR KL

FOTO: Stratosphere Rooftop Bar KL

Memang sesuai untuk korang bersantai-santai dan lepak  di beanie bags siap meja and rooftop! Bolehlah korang mengira bintang bersama kawan-kawan macam dalam lagu beribu bintang di langit kini menghilang meraba aku dalam kelam? eh? Dengan latar belakang bangunan KLCC. Korang juga akan dihiburkan dengan dendangan lagu-lagu jazz yang semestinya memberikan korang suasana nyaman dan tenang.

HELI LOUNGE BAR

FOTO: Heli Lounge

Kalau nak tukar angin sikit, korang boleh terus ke Heli Lounge Bar yang juga menawarkan suasana yang sama. Beratapkan angkasa yang luas terbentang. Korang pun boleh melihat matahari terbenam dari sini sambil mengenang cinta korang yang senasib seperti senja – hanya dicinta saat hampir tiada. Gitu!

SHAH ALAM LAKE GARDENS

FOTO: Kuala Lumpur Kids

Selepas menelusuri langit, apa kata korang pergi juga berjinak-jinak dengan alam. Korang boleh terus ke Shah Alam Lake Gardens. Boleh berkayak juga dengan kawan-kawan korang sambil menikmati keindahan alam semulajadi dan bercakap dengan pokok-pokok di taman. Nescaya korang akan terasa seperti berada dekat Hyde Park, Ewah!

Nak tahu tempat-tempat lain yang lebih menarik? Klik sini

Penulis: Dhia

Continue Reading
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest