Connect with us
You Da Boss

Dhia

5 Tempat Paling ‘The Boom’ Di Negeri Laskar Pelangi Pilihan Dhia

KALAU korang pernah menonton filem Laskar Pelangi yang pernah famous beberapa tahun dulu, korang mesti akan jatuh cinta dengan jalan cerita yang memang The Boom!

Published

on

KALAU korang pernah menonton filem Laskar Pelangi yang pernah famous beberapa tahun dulu, korang mesti akan jatuh cinta dengan jalan cerita yang memang The Boom!

Laskar Pelangi adalah adaptasi daripada novel bestseller Indonesia dengan tajuk yang sama tulisan Andrea Hirata.

Kata orang-orang tempatan, ada banyak versi menceritakan kenapa pulau itu dipanggil Belitung. Namun, versi yang paling terkenal ialah kerana diambil kerana merujuk kepada siput.

Baru-baru ini Wafa berpeluang ke pulau Belitung yang merupakan lokasi pengambaran filem berkenaan. Jom check apakah tempat menarik pilihan Wafa yang korang boleh pertimbangkan kalau ke Belitung.

5) PANTAI TANJUNG TINGGI

Okey, Pantai Tanjung Tinggi atau Pantai Laskar Pelangi tak jauh daripada Kota Tanjung Pandang. Korang hanya akan mengambil masa kira-kira setengah jam kalau menaiki kereta. Di sinilah lokasi pengambaraan Laskar Pelangi. Airnya jernih dan terdapat batu-batu besar. Bolehlah kalau korang nak acah-acah main sorok-sorok dekat situ.

4) PULAU KELAYANG

Orait, korang kena tahu yang Belitung ada banyak pulau tau. Ada dalam 200 lebih pulau. Tapi Pulau Kelayang is a must. Korang boleh naik bot ke Pulau Kepayang. Pasirnya begitu putih dan cantik. Kami sempatlah main galah panjang ramai-ramai sementara menunggu makan tengahari. Dekat pantai itupun ada pusat penjagaan penyu namanya Kawasan Penangkaran Penyu.

3) PANTAI LENGKUAS

Tak tipu memang lawa betul Pantai Lengkuas ini. Dekat pantai itu juga ada kawasan yang dipanggil ‘Kolam Bidadari’. Kata orang-orang tempatan, siapa yang sedang mencari jodoh bolehlah ke kolam berkenaan untuk dapat pasangan. Tapi sis lebih memilih minum air kelapa bawah pokok sambil menikmati keindahan alam.

Untuk ketahui lebih lanjut, layari www.dhia.com.my

Penulis: Dhia

Continue Reading
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest