Connect with us
Projek Radio

Drama

7 Hari Mencintaiku 2: Liza Abdullah Beri Amaran Kepada Siti Saleha!

Kembalikan buntat!

Published

on

Berita mengenai sambungan drama rantaian 7 Hari Mencintaiku semakin hangat diperkatakan ramai selepas pelakon utama drama berkenaan Siti Saleha sendiri mengesahkan perkara itu.

Drama yang sebelum ini telah membolot 6 anugerah bagi kategori DFKL pada tahun 2016 itu bakal menayangkan sambungannya bermula April ini.

Selain Siti Saleha, drama 7 Hari Mencintaiku 2 juga bakal dibintangi oleh Shukri Yahaya, Wan Sharmila, Syazwan Zulkefly, Faye Kusairi serta Liza Abdullah.

Terbaharu menerusi laman Instagram pelakon yang membawa watak Mia Adriana iaitu Siti Saleha telah memuat naik sebuah video memaparkan dirinya kini dalam proses penggambaran drama berkenaan bersama dengan Liza Abdullah.

Liza Abdullah yang memegang watak sebagai Mak Leha iaitu ibu mertuanya dilihat sudah memberikan amaran buatnya sebelum penggambaran bermula.

View this post on Instagram

Mak leha memang tak sabar nak gaduh ngan Mia. Kesian Mia, time pregnant pun nak cari gaduh. 😂 First day on set together. 🎥 #miaadriana #teammiaadriana #teammakleha #7harimencintaiku2

A post shared by SITI SALEHA (@sallywho) on

Siti Saleha dilihat memeluk Liza Abdullah sambil Liza berseloroh “Finally!! You siap, you siap!!!”

Rata-rata menerusi ruangan komen menyatakan tidak sabar menantikan kemunculan drama berkenaan di kaca televisyen, selain mengimbau kisah drama berkenaan.

  • @al_agus_pratama: Bestnya. Tak sabar nak tengok Mak Leha berleter..
  • @raihanafrinaa: OMG, favorite drama i dulu 😍
  • @masitahmahram: Yeay dh buat come back lamaa tunggu
  • @kamarulazri_jr: ni cerita kol 7 yg paling giler yg paling best yg paling … oiii x sabar nk tgk Mia ooiiii

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest