Connect with us
You Da Boss

Drama

7 Hari Mencintaiku Musim ke-2 Kembali Temui Penonton April 2020

Wah drama bulan puasa!

Published

on

Masih ingatkah anda dengan drama rantaian berjudul 7 Hari Mencintaiku lakonan hebat Shukri Yahaya dan Siti Saleha yang ditayangkan pada tahun 3 tahun yang lalu?

Drama yang pernah mendapat sambutan selain membolot 6 anugerah bagi kategori DFKL pada tahun 2016 itu bakal menayangkan sambungannya 7 Hari Mencintaiku 2 pada April 2020.

Image result for 7 hari mencintaiku 2

Berlainan dengan musim pertama, drama ini mengisahkan tentang pasang surut kehidupan rumah tangga Mia Adriana (Siti Saleha) dan Khuzairi (Shukri Yahaya) setelah beberapa tahun mendirikan rumah tangga. Kehadiran Puan Hayati (Zila Bakarin) dan Nurul Ain membuatkan pergolakan rumah tangga mereka makin hebat.

Ditambah lagi dengan mulut laser Mak Leha (Liza Abdullah) yang tidak sebulu dengan Mia Adriana, menjadikan novel kedua ini lebih ‘menyakitkan’ hati.

Image result for 7 hari mencintaiku 2

Untuk kesinambungan ini, drama yang diadaptasi daripada kisah novel tulisan Siti Rosmizah tidaklah sia-sia. Kali ini penulis memberi penekanan kepada watak-watak sampingan seperti kisah rumah tangga Helmi (Syazwan Zulkefly) dan Sofi (Wan Sharmila), Nad-Zaidi dan juga kejahatan Puan Hayati-Syakila-Nurul Ain-Datuk Johari dan ramai lagi watak antagonis, sedikit sebanyak menjadikan karya kali ini tidak hanya berfokus pada konflik Khuzairi semata-mata.

Drama rantaian ini dikhabarkan bakal menghiasi slot akasia TV3 mulai 20 April 2020.

 

Sumber daripada: https://ms.wikipedia.org/wiki/Slot_Akasia

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest