Connect with us
Geng Pagi Hot

Selebriti

8 Rutin Harian Neelofa Dalam Bulan Ramadan Yang Boleh Dijadikan Panduan

Sungguh bermanfaat!

Published

on

Menyambut Ramadan dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberi idea kepada pelakon dan pengacara Neelofa untuk mempraktikkan rutin pagi dengan penuh manfaat.

Walaupun semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk solat Jumaat ditangguhkan selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020, Neelofa tetap meneruskan rutin hariannya di rumah.

Baru-baru ini sebuah portal hiburan online telah berjaya mengumpulkan rutin pagi yang dilakukan oleh Neelofa sekaligus memuat naik rutin berkenaan di laman Instagram.

1. Tidur seawal jam 10 malam

2. Bangun jam 4:30 pagi

3. Lakukan solat sunat

4. Sementara tunggu solat subuh, hafal makna 2 surah

5. Solat sunat & solat subuh

6. Sementara tunggu solat syuruk, tonton ceramah atau baca Al-Quran

7. Solat sunat syuruk

8. Berjaga hingga jam 12 tengah hari, kemudian tidur siang (nap)

Semoga perkongsian Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa binti Mohd Noor ini memberikan manfaat serta boleh dijadikan contoh buat rakyat Malaysia terutamanya umat Islam.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest