Connect with us
You Da Boss

Inspirasi

“Abah Nak Cuba Boleh, Abah Tak Pernah Pakai”

Seorang bapa meminta izin anaknya untuk memakai jubah dan topi mortar ketika majlis konvokesyen menyentuh hati ramai.

Published

on

“Abah nak cuba boleh? Abah tak pernah pakai,”

Itulah permintaan seorang bapa ketika mengadiri istiadat konvokesyen anaknya bagi menerima pengiktirafan dan penghargaan selepas berjaya menamatkan pengajian.

Aiman Hamizan, 23, merupakan graduan pemasaran di Kolej Damansara Utama (KDU) telah memuat naik kisah berkenaan di laman Twitter miliknya pada Jumaat lalu, sekaligus membuatkan ramai yang tersentuh hati dan terasa sebak.

Menerusi video 7 saat yang dikongsikan, Mohd Hamizan Abd Hamid, 59, kelihatan begitu gembira kerana dapat memakai jubah dan topi mortar sambil memegang jambangan bunga.

Biarpun tidak berkata apa-apa, namun senyuman yang terukir di wajah bapanya menjelaskan segala perasaanya.

Sehingga kini, perkongsian video itu meraih lebih satu juta tontonan dari netizen, 76k Retweet dan 126.1k tanda suka.

Semoga perkongsian ini memberi inspirasi kepada golongan muda untuk menghargai ibu bapa kerana setiap kejayaan yang dicapai oleh para graduan adalah disebabkan berkat serta sokongan ibu bapa dan ahli keluarga.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest