Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Sosial

Abang Veveonah Ajak Dua Timbalan Menteri Masuk Kampung Pedalaman

Tidak pasti jangan kongsi!

Published

on

Terbaharu, abang kepada Veveonah Mosibin mencabar dua Timbalan Menteri yang menuduh pelajar sebuah universiti awam di Sabah itu berbohong demi meraih publisiti supaya berkunjung ke Kampung Pitas untuk menyaksikan sendiri kemudahan yang ada di sana.

Melalui posting di Facebook semalam, Mekvin Mosibin mempertahankan tindakan adiknya, Veveonah yang menunjukkan dirinya memanjat pokok bagi mendapatkan capaian internet untuk peperiksaan dalam talian.

Video yang tular itu telah mencetuskan perbincangan orang ramai mengenai kemudahan Internet yang lemah di luar bandar Sabah.

Minggu lalu, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin telah meminta maaf selepas Veveonah menunjukkan bukti jadual peperiksaannya dan kali ini beliau berhasrat bertemu dengan Veveonah Mosibin susulan isu yang berlaku.

Mengulas hal itu, Mekvin mengkritik Zahidi kerana menyasarkan Veveonah dan mengajaknya berkunjung ke kampung mereka untuk mengambil pengalaman melayarI internet di kampung pendalaman. 

Bukan setakat itu sahaja, malah Mekvin turut mengajak mereka untuk melihat sendiri bagaimana sumber bekalan air dan elektrik di kampung pedalaman yang sebenar.

Pada 8 September, Zahidi berkata beliau memberikan laporan yang salah mengenai Veveonah Mosibin kerana mendapat maklumat berkenaan daripada Anggota Parlimen Kudat, Abdul Rahim Bakri yang juga timbalan menteri kewangan itu bertindak balas dengan berusaha untuk terus memperlekehkan Veveonah dengan berkongsi sumber maklumatnya yang katanya daripada daripada pensyarah di institusi pengajian tinggi pelajar itu.

Beliau memadam posting tersebut di Facebooknya selepas orang ramai mengkritiknya kerana menggunakan platform media sosial untuk menyasarkan pelajar berusia 18 tahun itu.

Mekvin juga mencadangkan wakil rakyat itu turun padang dan cabaran dilontarkan abang Veveonah Mosibin kepada dua Timbalan Menteri yang mendakwa adiknya berbohong demi meraih publisiti.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest