Connect with us
Hot Kool Jam

Drama

Abil Gembira Kamar Kamariah Terima Respon Positif Penonton

Selain dari drama Nur 2 yang mencetuskan fenomenya tersendiri, drama berjudul Kamar Kamariah yang ditayangkan di TV3 juga tidak kurang hebatnya kerana jalan ceritanya membuatkan penonton begitu beremosi.

Published

on

Selain dari drama Nur 2 yang mencetuskan fenomenya tersendiri, drama berjudul Kamar Kamariah yang ditayangkan di TV3 juga tidak kurang hebatnya kerana jalan ceritanya membuatkan penonton begitu beremosi.

Pelakon serba boleh, Nabila Huda yang melakonkan watak Kamariah berbangga apabila drama terbaru lakonannya itu mendapat reaksi positif penonton.

Dia yang bergandingan dengan Datuk Fizz Fairuz dalam drama itu juga tidak keberatan memberikan lakonan yang lebih berani,  jika diberikan peluang.

“Namun, bimbang pula jika babak terutama ketika saya dipukul dianggap terlalu ganas dan tidak sesuai untuk tayangan televisyen. Dalam hal itu, kami lebih menitikberatkan mesej yang ingin disampaikan kepada penonton.

“Saya akui, ramai penonton seronok kerana bagi mereka, drama itu tidak klise dan ia juga berakhir dengan pengakhiran yang tidak diduga. Semestinya, saya berbangga apabila penonton sentiasa menantikan episod demi episod drama itu,” katanya.

Menurut Nabila, mereka mempunyai teknik tersendiri ketika menjayakan adegan dia dipukul oleh Fizz yang membawa watak antagonis sebagai Murad.

“Ramai yang tidak tahu, ketika adegan Fizz memukul saya dengan tali pinggang, dia sebenarnya memukul tangannya sendiri. Jika terkena sedikit pada badan saya, itu perkara biasa, namun tidak sehingga mencederakan,” katanya.

Selain Nabila dan Fizz, drama arahan Raja Ahmad Alauddin yang baru selesai tayangan di TV3 itu turut menampilkan Aidil Aziz, Tasha Shilla serta Syafie Naswip.

Kamar Kamariah mengisahkan mengenai seorang bekas GRO yang baru bertaubat setelah berlaku kejadian hitam dalam hidupnya.

Namun perkahwinannya bersama seorang jejaka  ternyata tidak membahagiakan kerana suaminya itu sebenarnya seorang penjenayah yang berselindung disebalik watak seorang yang alim di hadapan keluarganya.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest