Home > #PenaHot > Ada Cerita Disebalik Ibu Yang Letakkan Bayinya di Lantai

Ada Cerita Disebalik Ibu Yang Letakkan Bayinya di Lantai

Seorang wanita yang pernah gambarnya menjadi viral tahun lepas ekoran didakwa meletakkan bayinya di atas lantai disebuah lapangan terbang, akhirnya menjelaskan sebab dia berbuat demikian dan punca sebenar.

Molly Lensing, yang berasal dari Illinois, Amerika Syarikat, memaklumkan walaupun perkara berkenaan sudah terjadi setahun lepas, dia masih dihantui imej tersebut yang tersebar di laman sosial.Dalam satu temu bual bersama program TODAY, Lensing memaklumkan gambar berkenaan bukan sahaja diambil tanpa izin dan mencabuli hak peribadinya, malah telah menjadikannya amat tertekan.

Apa yang berlaku sebenarnya, dia terpaksa meletakkan anak perempuannya itu seketika untuk melepaskan lelah susulan telah memangkunya selama hampir 20 jam.

 Molly Lensing was shamed by a stranger online for being on her phone while her baby was on the floor - but she has revealed the truth of her situation

“Kami adalah sebahagian daripada penumpang yang terperangkap di lapangan terbang dalam sebuah insiden penerbangan pada waktu tersebut.

“Penerbangan kami ditunda dan saya turut menempah semula tiket beberapa kali termasuk menunggu di sana selama hampir 20 jam.

“Saya mendukung Anastasia, yang ketika itu berusia 2 bulan, selama beberapa jam. Akhirnya tangan saya lenguh, dia juga perlu berehat sementara saya pula perlu berhubung dengan ahli keluarga yang tertanya-tanya di mana kami,” jelas Lensing.

Menurut Lensing, kadang-kadang dia dapat melupakan imej tersebut. Namun, dia tidak dapat lari daripada rasa bimbang jika dia dinilai sebagai ibu yang kejam, lebih-lebih lagi dia merupakan seorang jururawat.

“Saya bernasib baik kerana keluarga dan rakan-rakan tahu apa sebenarnya yang terjadi. Kerana mereka, saya cuba untuk tidak menghiraukan komen negatif dan yakinkan diri yang saya seorang ibu yang baik,” kata Lensing yang memiliki dua lagi anak perempuan berusia 4 dan 3 tahun.

 The mum-of-three said she felt her privacy was violated by the sharing of the image and the man shouldn’t have been so quick to judge

Sumber dari: mirror.uk

Leave a Reply