Connect with us
Duit Dari Kayangan

Update

Ada Yang Masih Curiga Dengan Motif Video Panjat Pokok Demi Peperiksaan, Netizen Kembali Pertahankan Veveonah

Sabar jela..

Published

on

Beberapa hari lalu, terdapat berita kurang enak didengar di mana seorang pelajar sebuah universiti awam di Sabah didakwa bercakap tidak bercakap benar ketika merakam sebuah video yang memaparkan dirinya terpaksa memanjat pokok di kampungnya di Pitas, Sabah untuk mendapatkan capaian internet.

Gadis tersebut melalukan perkara itu supaya membolehkannya menduduki peperiksaan secara dalam talian.

Walaubagaimanapun, khabar itu kecoh selepas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin menerusi satu kenyataan memaklumkan hasil siasatan mendapati gadis itu yang juga seorang Youtuber tidak menduduki peperiksaan ketika video tersebut dirakam.

Sebaliknya ia hanyalah untuk kandungan (content) yang direka bagi menaikkan penonton (viewers).

Bagaimanapun, selepas mengetahui ia adalah sebaliknya, Datuk Zahidi telah tampil memohon maaf melalui laman Facebook miliknya.

Timbalan Menteri mohon maaf kepada Veveonah kerana menuduhnya menipu peperiksaan untuk popular - SoyaCincau.com

Tidak terhenti di situ, pada 7 September Ahli Parlimen Kudat iaitu Abdul Rahim Bakri pula mengeluarkan kenyataannya berbunyi:-

 

Image

Image

Image

Image

Kenyataan berkenaan mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai sehingga membuatkan Abdul Rahim menarik balik serta memadam kenyataannya itu.

Namun, kenyataan berkenaan sempat djadikan tangkapan skrin (screenshot) sekaligus menaikkan rasa marah netizen.

Tidak kurang juga yang menyokong gadis berkenaan kerana beliau seorang yang masih muda dan rajin.

 

Apa-apa pun, kita sebagai rakyat Malaysia kalau boleh berilah kata-kata semangat pada Veveonah Mosibin.

Elakkan mencemuh, menjatuhkan dan sebagainya. Buang yang keruh, ambil yang jernih..

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest

x