Connect with us
Hot Kool Jam

Drama

Adellea Sofea Cabaran Terbaharu Buat Mira Filzah

Baru baca sinopsis dah meremang bulu roma!

Published

on

Selepas kejayaan Mira Filzah merangkul gelaran Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 (ABPBH 32) baru-baru ini, pelakon serta pengacara berkenaan telah memuat naik satu video malam tadi.

Video yang dimuat naik menerusi laman Instagram miliknya itu turut disertakan dengan kapsyen yang memaklumkan perkembangan terbaharunya selepas ini.

“Goodnight everyone! My first day tomorrow as ‘Sofea’ in #AdelleaSofea, new drama coming soon this December, Akasia TV3. New character, different character, quite challenging, wish me luck!”

Jelas Mira, dia bakal menjalani penggambaran drama rantaian terbaharu Adellea Sofea yang akan menemui penonton menerusi slot Akasia TV3 pada Disember nanti.

Adellea Sofea mengisahkan seorang gadis baik dan solehah yang kemudiannya bertemu dan jatuh cinta dengan sorang jejaka bernama Firdaus. Lelaki yang dianggap akan memberikan 1001 kebahagian dan memanisan dalam hidupnya.

Mereka kemudian berkahwin dan bahagia. Namun segalanya berubah apabila rahsia yang disimpan oleh Firdaus selama ini terbongkar. Firdaus rupa-rupanya seorang penagih dadah.

Kehidupan Adellea Sofea bagai dipanah petir dan serba serbi tidak kena. Rumahtangga yang bahagia mula berantakan. Kemuncaknya Firdaus ditangkap dan didakwa atas tuduhan cubaan membunuh isterinya sendiri, Adellea Sofea.

Mampukan cinta Adellea Sofea bertahan untuk sang suami? Dan mampuhkah Firdaus berubah demi cinta sang isteri? Benarkah Firdaus itu cuba membunuh Adellea atau sebab lain?

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest