Connect with us
Hot Selebriti

Drama

Adellea Sofea Trending No.1 Di Twitter

Cerita ni best!

Published

on

Selepas 22 episod bersiaran menerusi saluran TV3, drama Adellea Sofea terus mendapat sambutan sekaligus trending no.1 di laman sosial Twitter semalam.

Perkara tersebut telah dikongsi oleh peminat yang telah memuat naik satu foto di ruangan Insta Stories yang kemudiannya di repost kembali oleh pelakon utamanya iaitu Mira Filzah.

Adellea Sofea menceritakan kisah tentang Adellea Sofea yang dilakonkan oleh Mira Filza iaitu seorang pensyarah di sebuah pusat pengajian tinggi. Sofea adalah individu yang amat selektif dalam memilih calon suami.

Namun, tanpa pengetahuan ramai, Sofea sebenarnya sedang berkawan rapat dengan Alif Firdhaus iaitu watak yang dipegang oleh Ungku Ismail Aziz. Lelaki tersebut dikenalinya di medium media sosial selama dua tahun.

Sofea tertarik dengan Fir kerana Fir sering memuat naik videonya bermain gitar dan seringkali juga dia tujukan video khas untuk Sofea.

Hanya melalui kata-kata yang Firdhaus kongsikan dalam media sosial, Sofea menyimpulkan yang Firdhaus datang dari keluarga yang bahagia. Secara tak langsung, Sofea berpendapat yang Firdhaus adalah lelaki yang sempurna juga untuk menjadi suami. Namun, tanpa Sofea ketahui, Firdhaus menyimpan satu rahsia.

Namun menurut pengikut-pengikut drama tersebut, episod yang balik mendapat perhatian adalah episod ke 17 apabila semuanya terbongkar. Apakah kesudahan drama tersebut?  Sama-sama kita nantikan.

Buat yang tidak berkesempatan untuk menonton episod-episod sebelum ini, anda boleh klik disini ya!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest