Connect with us
You Da Boss

Selebriti

Adik Pelakon Furious 7 Turun Malaysia Demi Abang!

Drive 4 Paul sebagai penghormatan kepada mendiang Paul Walker

Published

on

Tourism Malaysia menganjurkan pameran kereta Drive 4 Paul di Bandar Malaysia, Sungai Besi pada Sabtu 12 Oktober.

Acara amal itu bertujuan untuk menggunakan platform Retro Havoc Malaysia membantu mangsa-mangsa bencana alam di seluruh dunia, dan turut menjemput adik kepada mendiang pelakon Paul Walker, Cody yang pernah muncul sekuel ketujuh Fast & Furious.

Program amal itu akan mengadakan pameran kereta pada 12 Oktober dan turut menganjurkan konvoi ke Litar Antarabangsa Sepang pada 13 Oktober.

Pada acara Drive 4 Paul itu, ia akan dipenuhi dengan kenderaan replika Fast & Furious.

Selain Cody Walker, acara itu juga akan dihadiri pelakon Zizan Razak dan Hairul Azreen.

Drive 4 Paul bermula jam 10 pagi hingga 6 petang.

 

 

 

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest