Connect with us
Hot Kool Jam

Konsert

Afgan Teruja Tunggu 5 Oktober

Cepat beli tiket!

Published

on

Penyanyi yang dikenali menerusi lagu Jodoh Pasti Bertemu Afgan bakal menjayakan konsert Inspirasi Afgan Live pada 5 Oktober depan.

Konsert yang bakal berlangsung di HGH Convention Centre, Kuala Lumpur itu diadakan bagi meraikan 11 tahun kembara seninya dengan peminat di Malaysia.

“Rangkaian lagu saya sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan peminat sama ada untuk pasangan bercinta mahupun meraikan perkahwinan,” katanya.

Afgan turut meluahkan keterujaan beliau untuk berduet bersama idolanya, the one and only Datuk Sheila Majid selaku artis undangan.

“Saya sangat teruja dapat berduet dengan Kak Sheila pada konsert itu nanti.
“Konsert ini bakal menampilkan barisan pemuzik yang mengiringi persembahan saya sempena konsert Dekade di Jakarta baru-baru ini.
“Saya juga menjanjikan yang terbaik pada konsert Inspirasi ini sekali gus meninggalkan kenangan paling manis buat peminat di Malaysia,” ujarnya lagi.

Konsert Inspirasi Afgan Live adalah persembahan berskala besar terakhirnya di Malaysia memandangkan beliau akan berehat seketika daripada industri muzik.

Afgan menerima tawaran menghasilkan album Inggeris di Amerika Syarikat (AS) dan bakal berangkat ke San Francisco pada September ini.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest