Connect with us
Big Malaysian Breakfast

Hiburan

Afiq Muiz Mengaku Nikahi Pelakon Baharu

Pelakon Afiq Muiz mengesahkan dia sudah selamat bernikah dengan pelakon baru Pachara Apin, semalam.

Published

on

Pelakon Afiq Muiz mengesahkan dia sudah selamat bernikah dengan pelakon baru Pachara Apin, semalam.
Perkara tersebut disahkan melalui akaun Instagram miliknya hari ini, dengan memuat naik fotonya serta video ketika majlis pernikahan tersebut berlangsung.

View this post on Instagram

Alhamdulilah

A post shared by Muhamad Afiq Muiz (@muhamadafiqmuiz) on


Afiq menyatakan majlis pernikahan mereka berlangsung di Bangi, Selangor dan ia dilakukan secara tertutup yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak dan kenalan rapat sahaja.
Pelakon berkenaan bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai pernikahan mereka buat masa ini.


Menerusi satu portal hiburan online, Afiq bergelar suami dengan sekali lafaz dan pihaknya menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada pengantin perempuan.
Sementara itu, pelakon Syafie Naswip pula bakal menjadi adik ipar kepada Afiq apabila dia akan mengikat tali pertunangan dengan Aishah Azman pada 7 April depan.
Tahniah Afiq dan isteri, selamat melayari bahtera perkahwinan dan semoga kekal hingga ke akhir hayat.

Continue Reading
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest