Home > #PenaHot > Aiman Tino Nak Jadi Pelakon?

Aiman Tino Nak Jadi Pelakon?

Selepas mencetus fenomena dengan lagu debut “Ku Rela Dibenci”, penyanyi lagu tersebut Aiman Tino sudah bersedia untuk menceburkan diri ke bidang lakonan.

“Insya-Allah, jika ada rezeki berlakon, saya mahu mencubanya. Saya percaya, alang-alang berada dalam industri, memang banyak pecahan seni yang boleh saya lakukan. buat sementara waktu, saya mahu fokus dalam bidang nyanyian. Hendak berlakonpun, lambat lagi rasanya… Tengoklah macam mana. Kita hanya mampu merancang. “Namun, secara jujurnya, saya mahu mencabar kemampuan diri,” kata penyanyi berusia 18 tahun itu kepada BH Online.

7aimantino01

Sumber: Instagram.com/official_aimantino

“Saya masih baru dalam bidang ini. Saya tahu hanya perkara asas saja.
Saya masih belajar… Saya percaya setiap hari kita ada peluang untuk memperbaiki diri dan belajar,” katanya yang bakal beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu ke-31, Januari depan.

Kalau nak ikutkan, Aiman dah pun mencuba sikit bidang lakonan dlm sketsa pendek bersama #GengPagiHot. Tak caya, meh saksikan video bawah ni 😀

Sumber: http://www.bharian.com.my/node/215239