Connect with us
You Da Boss

Selebriti

Ain Edruce Bertunang Sabtu Ini

Ain dan Amirul merancang untuk berkahwin pada hujung tahun ini.

Published

on

Pelakon dan pengacara Ain Edruce atau nama sebenarnya Nurulain Edruce bakal melangsungkan majlis pertunangan Sabtu ini.

Menurut satu portal hiburan online, Ain kini sedang rancak membuat persiapan majlis dan berehat seketika daripada tugasan kerja.

“Syawal kali ini saya memang rehat seketika dari sebarang projek seni bagi beri fokus pada persiapan majlis tunang, 22 Jun ini.

“InsyaAllah, majlis akan dilangsungkan di Kuala Lumpur sahaja,” katanya.

Pelakon drama Kenyalang I’m In Love itu juga turut memberitahu majlis tunang akan dilangsungkan secara sederhana terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan terdekat.

“Majlis yang akan kami anjur sederhana sahaja. Malah para jemputannya pun terdiri daripada ahli keluarga kedua belah pihak selain rakan terdekat.

“Apa pun, saya sebenarnya tengah kelam-kabut juga sebab maklumlah, perlu buat persiapan, kemas rumah dan sebagainya,” kata pelakon tinggi lampai ini lagi.

Ain yang dirisik kekasihnya, Amirul Hafiz pada 19 April lalu merancang mahu melangsungkan majlis perkahwinan hujung tahun ini.

“Kita orang memang rancang untuk berkahwin tahun ini juga, mungkin Disember nanti, insyaAllah. Doa agar semuanya dipermudahkan,” ujarnya.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest