Connect with us
Hot Kool Jam

Rilis

“Air Mata” Khai Bahar

Khai tidak menjangka sambutan hebat diberikan untuk album pertamanya.

Published

on

Penyanyi Khai Bahar baru sahaja melancarkan album sulungnya, Air Mata secara rasmi.

Untuk pengetahuan, album itu mengandungi 11 lagu memuatkan enam single terdahulu dan lima lagu baharu.

Menariknya, tiga daripada lima lagu baharu adalah hasil ciptaan sepenuhnya oleh Khai sendiri iaitu Air Mata, Keranamu dan Dia.

“Kalau tanya secara peribadi, semua lagu sedap dan ada kelebihan masing-masing tetapi jika diminta pilih saya sukakan lagu Penantian. Bagi saya, lagu ini mesra dan boleh layan.

“Untuk tiga lagu ciptaan sendiri, saya buat supaya senang orang nak nyanyi. Sebagai contoh, peminat boleh nyanyikan semula dan ikut saya menyanyi dalam persembahan.

Selepas mula diedarkan sejak 21 Julai lalu, album tersebut sudah terjual lebih 4,000 unit!

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest