Connect with us
Selamat Hari Raya

Selebriti

Air Tangan ‘It’s Done’

Teringin juga nak rasa masakan Eina Azman…

Published

on

‘It’s Done…’

Itulah ayat yang selalu digunakan pelakon Datin Paduka Eina Azman setiap kali mengakhiri video masakannya di laman Instagram.

Eina atau nama lengkapnya Ainur Syakina Azman sudah jarang muncul di kaca televisyen sejak melahirkan pasangan putera puterinya, Karl Kareef dan Arianna Aubrey.

Namun, aktres berusia 25 tahun itu tetap aktif di media sosial berkongsi pelbagai ilmu serta idea masakan dengan pengikutnya di Instagram.

Terbaru, Eina ada berkongsi berita gembira buat peminat apabila memberi peluang kepada mereka untuk merasai sendiri hasil masakannya.

Menggunakan kemahiran memasak yang dimilikinya, Eina kini menceburi bidang perniagaan makanan secara dalam talian.

Lantas, rata-rata pengikutnya di Instagram teruja untuk merasai ‘air tangan’ Eina Azman.

Semoga perniagaan yang dijalankan terus sukses okay!

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest