Home > #PenaHot > Airport paling bahaya di dunia

Airport paling bahaya di dunia

Bila bercakap soal melancong, atau travel ke tempat yang jauh luar Negara, menaiki kapal terbang adalah antara pilihan yang tepat kerana ianya mudah dan cepat. Cuma, masalahnya tidak semua lapangan terbang mempunyai landasan yang benar-benar selamat untuk pesawat mendarat. Maksud tidak selamat di sini adalah apabila juruterbang perlu merentasi gunung ganang, landasan yang pendek,dan mungkin mendarat di atas lautan.

Walaupun ia berisiko tinggi, namun masih ada juga manusia yang ingin ke lokasi-lokasi ini. Mungkin juga anda tidak tahu bahawa landasan yang bakal pesawat anda darati tergolong dalam senarai ini. Jom ‘check it out’!

 

 

Airport Lukla, Nepal

Mungkin ada yang tidak pernah dengar dengan nama Airport ini kerana ianya telah ditukar kepada nama Tenzing-Hillary Airport. Ia adalah sempena nama pedaki pertama yang berjaya sampai ke puncak Gunung Himalaya. Faktor utama yang menyebabkan ia bahaya adalah disebabkan angina kuat serta kabus tebal dan jurang setinggi 2000 kaki yang menanti di hujung landasan. Hurm, tidak mustahil beberapa kemalangan telah berlaku sewaktu pesawat mendarat di sini.

 

Gilbratar International Airport

Kalau dilihat pada gambar mungkin ada yang tidak perasan. Tapi jika diteliti dengan betul, langan terbang ini berkongsi landasan dengan jalan raya! Jika pesawat ingin mendarat, kenderaan harus berhenti dan berikan laluan kepada kapal terbang terlebih dahulu. Eh, nampaknya ia lebih merbahaya kepada pengguna jalan raya di sana.

 

Toncontin International Airport, Honduras

Walaupun pesawat sebesar Boeng 727 mendarat dan berlepas setiap hari dari lapangan terbang ini, ia di kategorikan nombor 2 berbahaya di dunia disebabkan oleh muka bumi di sekitarnya yang bergunung ganang dan landasan sepanjang 7000 kaki. Kemalangan sewaktu mendarat juga pernah berlaku di sini pada tahun 2008 dan menyebabkan kematian 5 penumpang.

Lapangan terbang ini juga hanya mempunyai 1 saja laluan mendarat dan berlepas, menjadikan risiko di lapangan terbang ini berganda.

 

Princess Juliana International Airport , St. Maarten

Airport ini mungkin adalah antara yang paling popular kerana ianya mampu dilihat oleh orang awam yang sedang bermandi manda di pantai berdekatan. Apa yang merisaukan juruterbang adalah, jika pesawat terkena pelancong di pantai tersebut. Betul, ianya sangat rendah seakan betul-betul di atas kepala anda.

Landasannya hanyalah 2,179 meter panjang yang mana diklasifikasikan sebagai landasan pendek.

 

Courchevel Airport, France

Terletak di bandar Courcheve di Pergunungan Alps. Selain dari salji yang tebal, lokasi lapangan terbang di puncak pergunungan dengan angin yang kuat menjadikan pendaratan mencabar.

Kalau anda rasa-rasa macam pernah lihat lapangan terbang ini, ianya mungkin kerana lokasi ini ada dilakonkan di dalam sebuah filem popular Tomorrow Never Die.

 

Ice Runaway Antarctica

Antartika sememangnya terkenal dengan cuaca melampau – suhu yang sangat sejuk, ribut salji dan salji tebal. Cabaran utama sewaktu mendarat ialah keadaan cuaca di sini, dan juga para juruterbang perlu memastikan kapal terbang tidak terbenam ke dalam salji lembut atau menyebabkan rekahan ais kerana di bawah antartica adalah laut!

 

Sudah bersedia untuk fly?