Connect with us
Hot Kool Jam

Filem

Aishwarya Rai Dipilih Jadi “Maleficent” Bollywood

18 Oktober ni guys

Published

on

Siapa tak kenal dengan pelakon Bollywood Aishwarya Rai ni kan? Terbaharu, dia bakal suaranya bakal dikeudarakan sebagai karakter pari-pari jahat Maleficent dalam filem Maleficent: Mistress of Evil yang dilakonkan oleh Angelina Jolie.

Filem berkenaan bakal diadaptasi dalam versi Hindi dan kini Aishwarya secara rasminya telah melangkah masuk ke alam sinematik Disney.

Menurut Ketua Studio Hiburan Disney India, Bikram Duggal, Aishwarya adalah ibarat Angelina Jolie India dan kami berasa yakin bahawa aktres itu mampu mengalih suara Maleficent.

Image result for aishwarya rai maleficent

“Melihat bagaimana Angelina Jolie sangat sesuai membawa watak Maleficent, saya yakin tiada orang lain yang mampu menjayakannya selain Aishwarya Rai bagi penonton tempatan.

“Kami ingin membina satu ikatan yang kuat serta menghidupkan karakternya dalam versi Hindi. Personaliti Aishwarya yang penuh elegan dan lemah lembut adalah satu kombinasi yang sempurna,” katanya yang dipetik dari Mashable India.

Filem Disney yang dinanti-nanti ramai itu bakal menjengah pawagam bermula 18 Oktober ini dalam versi Bahasa Inggeris dan Hindi.

Sekuelnya berlatarbelakangkan lima tahun selepas filem pertama, apabila hidup Maleficent berubah selepas Puteri Aurora menerima lamaran Putera Philips dan ibu Philips ingin memisahkan dunia pari-pari dan manusia selama-lamanya.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest