Connect with us
Projek Radio

Muzik Buzz

Aizat Amdan Bercerita Disebalik Video Muzik Waktu

Rasa tenang je bila tengok…

Published

on

Siapa yang tak kenal dengan penyanyi Aizat Amdan? Seorang pemuda yang memiliki aura dan kehebatan dalam bidang muzik tanah air?

Bukan sahaja berbakat dalam menghasilkan lagu, malah single terbaharunya ‘Waktu’ juga sudah mendapat perhatian daripada pendengar sejak ia dimuat naik di laman Youtube November lalu.

Waktu, single ciptaan Aizat sendiri bersama Anas Amdan mengetengahkan konsep muzik kontemporari, dan berentak lebih laju berbanding lagu-lagu yang dikeluarkan Aizat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Sekali lagi mengangkat tema cinta, namun kali ini Aizat cuba menterjemahkan rasa cinta bukan sahaja menerusi bait liriknya serta melodi yang catchy, malah menerusi gubahan lagu yang membayangkan suasana cinta di awang-awangan.

Terbaharu, Aizat telah memuat naik video menerusi laman Instagram miliknya dengan memaparkan pengalamannya sewaktu berada di Lubnan.

View this post on Instagram

Banyak video tapi lupa nk post, terimalah short MV on our activities in Lebanon yg tak seberapa ni. Nak edit, tak reti 😘 Lagu: “waktu” by yours truly (promote sket) #wintermission @cintasyriamalaysia

A post shared by Aizat Amdan (@aizatamdan) on

Aizat menerusi video berkenaan telah menyertai projek Misi Musim Sejuk 7.0 anjuran Persatuan Cinta Syria Malaysia (CSM) di Turki, Lubnan dan Syria bagi membantu merealisasikan misi bantuan kemanusiaan untuk memastikan kebajikan mangsa peperangan di Syria terus terbela.

Video berkenaan turut meraih perhatian pengikutnya, selain mendapat respon yang positif dalam kalangan masyarakat.

Semoga usaha murni Aizat menjadi contoh dan teladan buat semua pihak untuk berganding bahu bagi membantu mangsa-mangsa tersebut.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest