Connect with us
You Da Boss

Muzik

Aizat Amdan Bersyukur, Teruja Bakal Kongsi Pentas Dengan Jason Mraz!

Penyanyi yang popular dengan lagu Susun Silang Kata, Aizat Amdan, diberi peluang membuka tirai Konsert Good Vibes Tour 2019 yang menampilkan penyanyi antarabangsa, Jason Mraz.

Published

on

Penyanyi yang popular dengan lagu Susun Silang Kata, Aizat Amdan, diberi peluang membuka tirai Konsert Good Vibes Tour 2019 yang menampilkan penyanyi antarabangsa, Jason Mraz.

Penyanyi yang popular dengan lagu I’m Yours itu akan berada di Malaysia buat kali ketiga bagi menjayakan Konsert Good Vibes Tour 2019 yang bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada 13 Mei ini.

Sementara itu, Aizat menyifatkan peluang itu sebagai penghormatan terbesar buat dirinya apabila dapat berkongsi pentas dengan pemenang Anugerah Grammy itu.

“Saya bersyukur diberikan kesempatan cukup bermakna ini. Dipilih mengadakan persembahan pembuka tirai konsert penyanyi dan komposer popular dari Amerika Syarikat itu boleh dianggap antara kejayaan peribadi saya.

“Saya teruja untuk bertemu secara dekat dan berkongsi pandangan mengenai muzik bersamanya. Saya juga berharap kami dapat menjalinkan kerjasama pada masa depan,” ujar Aizat.

Sepanjang kerjaya seninya selama 12 tahun, penyanyi berbakat dari sebuah program realiti nyanyian ini pernah memenangi pelbagai anugerah selain turut menghasilkan lagu untuk artis-artis popular seperti Fattah Amin, Aisyah Aziz dan Haiza.

Dalam perkembangan terkini, Aizat baru sahaja melancarkan lagu terbaru berjudul Angin Lalu pada 26 April lalu.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest