Connect with us
You Da Boss

Hiburan

AJL33: Altimet Buat Pengumuman Baru?

Pada Anugerah Juara Lagu ke 33 (AJL33) akan datang,  lagu Bunga nyanyian Altimet tersenarai antara 12 lagu yang layak melangkah ke final. Semasa berborak santai dengan penyampai Kool FM Rea hari ini, Altimet

Published

on

Pada Anugerah Juara Lagu ke 33 (AJL33) akan datang,  lagu Bunga nyanyian Altimet tersenarai antara 12 lagu yang layak melangkah ke final.

Semasa berborak santai dengan penyampai Kool FM Rea hari ini, Altimet yang mengumumkan tidak akan membuat persembahan pada final AJL33 nanti, turut membuat satu pengumuman baru:

Altimet sebelum ini telah mengumumkan untuk bersara daripada industri seni, menerusi satu video yang dimuat naik pada 22 November 2018.

Altimet akan membuat persembahan terakhirnya di PWTC pada 16 Februari, dan dijangka akan mempersembahkan lebih 20 lagu, selain menampilkan rakan-rakan artis yang pernah terlibat dengan pembikinan lagu-lagunya.

Adakah akan ada kesinambungan kepada pengumuman Altimet bersama Rea hari ini?

Adakah Altimet akan mendedahkan siapa gerangan penyanyi yang menjadi pengganti?

Kena tunggu, dan tonton AJL33 yang akan berlangsung pada 3 Februari 2019, secara langsung dari Stadium Axiata, Bukit Jalil, bermula jam 9 malam.

11 lagi finalis Anugerah Juara Lagu ke 33 ialah:

  • Semakin (Siti Sarah)
  • Bunga (Ara Johari)
  • Kau Pun Sama (Syamel)
  • Sampai Bila (Misha Omar)
  • Haram (Hael Hussaini & Dayang Nurfaizah)
  • Luluh (Khai Bahar)
  • Jatuh Bangun (Haqiem Rusli feat Aman Ra)
  • Tak Pernah Hilang (Amylea x Kaer)
  • Hajat (Hael Hussaini)
  • Di Matamu (Sufian Suhaimi)
  • Nisan Cinta (Jaclyn Victor & Siti Nordiana)

ALL THE BEST!

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest