Connect with us
Hot Kool Jam

Selebriti

Akim Tujukan Yang Satu Buat Stacy

Yang Satu dilancarkan serentak pada hari lahir Stacy.

Published

on

Vokalis kumpulan Akim & The Majistret, Akim Ahmad tampil dengan buah tangan terbaru, Yang Satu.

Bagi Akim, lagu ciptaan Hang Nadim dan Laq itu begitu istimewa dan umpama luahan hatinya terhadap insan yang dicintai.

Lebih menarik, Yang Satu dilancarkan pada 18 Ogos lalu serentak dengan hari ulang tahun kelahiran isterinya, Stacy yang ke-29.

“Hanya dia yang memahami segala isi hati saya dan kerana itu, saya tujukan Yang Satu khas buat isteri sebagai tanda penghargaan atas kasih sayangnya selama ini.

“Ia lebih istimewa apabila lagu itu dilancarkan sempena hari ulang tahun kelahiran Stacy. Saya anggap lagu itu sebagai hadiah paling bermakna buat isteri tercinta.

“Saya harap Stacy dapat mengamati setiap baris ayat dalam lagu ini yang jelas menterjemahkan segala perasaan saya terhadapnya,” kata Akim.

Untuk pengetahuan, Yang Satu diterbitkan Rhythm & Rhyme Music yang dikendalikan Akim bersama Stacy, manakala Nova Music bertindak sebagai pengedar.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest