Connect with us
You Da Boss

Filem

Aksi Tidak Berbaju Hairul Azreen Disalah Erti

Filem Wira lakonan mantap, Hairul Azreen bakal menemui penonton 21 November ini.

Published

on

Selepas kejayaan filem Paskal The Movie, pelakon, Hairul Azreen membuktikan kemampuannya sekali lagi apabila akan tampil dalam sebuah filem aksi, Wira.

Dalam keterujaan menantikan lakonan mantap Hairul, naskah arahan sutradara, Adrian Teh itu turut menerima kritikan apabila pelakon 31 tahun itu didakwa sengaja mahu menonjolkan tubuh sasanya di dalam filem berkenaan apabila tampil tidak berbaju dalam salah satu babak aksi.

“Maaf, saya tidak jual tubuh sasa sebaliknya mahu jual babak aksi untuk menarik penonton ke pawagam.

“Babak tidak berbaju itu dibuat untuk adegan pertarungan yang dipaparkan dalam filem ini,” kata Hairul ketika ditemu bual wartawan, Ramlah Zainal.

“Saya hanya ikut arahan pengarah yang mahu babak tidak berbaju bagi memantapkan jalan cerita,” jelasnya lagi.

Wira berkisarkan mengenai kisah seorang bekas tentera yang dahulunya melarikan diri akibat tidak tahan dikawal tetapi kembali ke pangkuan keluarga untuk membela nasib mereka.

Bakal menemui penonton bermula 21 November ini, filem hasil kerjasama Multimedia Entertainment, ACT 2 Pictures, Golden Screen Cinemas, Astro Shaw dan Primeworks Studios itu menggabungkan barisan pelakon hebat dari Malaysia dan Indonesia seperti Fify Azmi, Ismi Melinda, Hilal Azman, Dain Said, Yayan Ruhian dan Henley Hii.

Sumber : Harian Metro

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest