Connect with us

Drama

Aku Belum Mahu Mati Telefilem Penuh Dengan Pengajaran

Terbaik!

Published

on

“Berkualiti. Cerita simple tapi banyak pengajaran. Watak Maria betul-betul menggambarkan sikap kebanyakkan masyarakat zaman sekarang.”

Itulah gambaran yang diberi penonton selepas menonton telefilem Aku Belum Mahu Mati pada Sabtu lalu (9 November 2019).

Telefilem yang mendapat sentuhan daripada pengarah Murali Abdullah ini mengisahkan tentang Maria seorang wanita yang bekerjaya namun tidak mementingkan soal keagamaan.

Maria dan suaminya ke Bali, Indonesia untuk berbulan madu. Ketika di sana, Maria dihantui gangguan demi gangguan yang menakutkan. Gangguan itu datang seperti ingin menjemputnya ke alam kematian.

Dilakonkan oleh Zara Zya, Adi Putra, Tasha Shila, Syida Melvin, Kismah Johar dan Farah Ahmad, filem ini sehingga kini telah berjaya mencatat lebih 100,000 jumlah tontonan menerusi laman Youtube selepas dimuat naik di laman tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata penonton memuji jalan cerita telefilem tersebut, selain watak yang dipegang oleh pelakon-pelakon hebat.

Semoga banyak lagi filem, drama dan telemovie seperti ini dipertonton kepada masyarakat agar dapat memberi pengajaran dan pedoman yang baik buat kita semua.

 

 

Sumber daripada: Youtube TV3 Official Malaysia

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest