Connect with us
Projek Radio

Selebriti

“Aku Rasa Aku Ni Teruk, Takde Perasaan”- Wan Sharmila Luah Rasa Sunyi, Tak Ada Hati Nak Beraya

Semoga Lala menjumpai kebahagiaan yang dicari…

Published

on

Siapa yang menonton drama 7 Hari Mencintaiku pastinya mengenali wanita bertubuh genit ini iaitu Wan Sharmila binti Wan Muhamed atau lebih dikenali sebagai Wan Sharmila.

Baru-baru ini Wan Sharmila atau lebih mesra dipanggil Lala, memuat naik status ciapan di laman sosialnya, meluahkan perasaan merasakan dirinya tidak bahagia apabila setiap kali tiba hari raya.

“Orang semua sibuk balik raya. Aku buat bodoh je. Baru pagi tadi tanya kwn aku bila raya haji.”

“Aku rasa aku ni teruk sbb takde perasaan , takde hati pun nk beraya.”

“Takpe la masanya akan tiba… satu hari nnti aku akn jadi manusia yg bhgia bila raya. Amin.”

Mana tidaknya, Lala sudah tidak mempunyai ibu dan bapa. Mungkin Lala berasa sunyi kerana ibu kesayangannya Raidah Abd Aziz telah meninggal dunia sejak 5 tahun lalu. Pengalaman beraya mungkin sudah tidak sama seperti tahun-tahun sebelumnya.

Bercerita mengenai hati, Lala juga pernah mendirikan rumahtangga dengan penerbit drama TV, Fazli Bahrom pada tahun 2007 namun perkahwinan mereka tidak kekal lama dan bercerai pada 23 Oktober 2009. Sehingga kini, hampir 11 tahun Lala masih lagi solo.

Terbaru, Lala memuat naik lagi ciapan di laman twitter nya dengan kapsyen,

“Aku kalah dengan bunyi takbir. I miss you mak. Alfatihah utk mak & abah”

Berasa sayu mendengar takbir, Lala mengatakan yang dia sangat merindukan ibunya.

Bersabarlah Lala, kami di Hot FM sentiasa doakan, semoga Lala berjumpa dengan kebahagiaan tidak lama lagi. Semoga terus kuat!

Jangan sedih-sedih Lala, mari kita throwback zaman Lala buat ‘Lip Sync Challenge‘ di studio Hot FM!

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement
Advertisement

Latest