Connect with us

Selebriti

“Alasannya Untuk Bahagiakan Saya”- Risteena Munim

Beruntung Risteena!

Published

on

Pelakon, Risteena Munim, 30, ada memuat naik sepotong video pendek menerusi laman Instagramnya pada Ahad.

Kakak kepada selebriti, Ruhainies itu mendedahkan perbualan romantis bersama kekasih hati, Isa Khan, 26, sebelum tidur melalui aplikasi Whatsapp buat tatapan umum.

View this post on Instagram

Our conversation before sleep ❤️ . Just to share with you guys, lately ni kami memang tak cukup tidur especially Isa yang work hard untuk bisnes kami. Tak sangka dia bekerja keras sehingga tahap tidur 3-4 jam sahaja sehari. Alasannya untuk bahagiakan saya, untuk menghalalkan saya. Rezeki dia datang mencurah. Alhamdulillah. Saya happy tengok satu persatu yang dia capai sekarang. Katanya, saya semangat dan kekuatan dia. Actually we both need each other so much! Kami kuat dan semangat bila kami bersama. Semoga dengan izin Allah, @lovit_hq terus success hasil kerja keras awak sayang❤️ . Ya Allah, jauhi @theisakhan dari niat tidak baik manusia, permudahkan segala urusannya, beri kesihatan yang baik untuknya, kuatkan semangatnya, lindungi dia dimana pun dia berada, curahkan rezeki yang tidak disangka sangka, jadikan dia seorang yang berjaya dunia dan akhirat. Amin🤲 . Selamat malam semua 🌹

A post shared by Nur Risteena Munim (@nur_risteena) on

Difahamkan, pasangan sedang hangat bercinta itu kini bekerja keras membangunkan perniagaan yang dijalankan bersama.

Selain ayat kandungan Whatsapp yang begitu sweet, tindakan Risteena memuji perwatakkan Isa di ruangan kapsyen juga membuatkan peminat tidak keruan selain turut mendoakan kebahagiaan serta dipermudahkan urusan mereka.

Imbas semula, Risteena dan Isa telah mengikat tali pertunangan 23 November lalu dalam satu majlis kejutan yang diadakan di Bora Ombak, Putrajaya selepas lima bulan perkenalan.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest