Connect with us
You Da Boss

Rilis

Album Ketiga Selena Gomez Bakal Dilancarkan!

All the best, Selena!

Published

on

Penyanyi terkenal Antarabangsa Selena Gomez akhirnya bakal muncul dengan album solo ketiganya selepas kali terakhir merilis album Stars Dance dan Revival pada 2013 dan 2015.

Hanya menunggu masa yang sesuai untuk dilancarkan, Selena menjelaskan penghasilan album itu tidak mudah kerana banyak perkara yang perlu dititikberatkan sebelum berpuas hati dengan hasil akhir.

“Sejak sebulan lalu, saya sudah mula berkongsi ‘teaser’ kepada peminat. Mereka sangat teruja kerana kali terakhir saya tampil dengan album solo pada 2015.

“Album itu akan dilancarkan tidak lama lagi. Saya harap semua peminat akan teruja dan memberikan sokongan. Semuanya sudah selesai, hanya menunggu masa sesuai untuk dilancarkan.

“Empat tahun bukan tempoh yang singkat. Saya ambil masa lama untuk benar-benar berpuas hati dengan hasil akhir dan saya lega kerana ia siap juga akhirnya,” kata Selena.

Menurut bekas kekasih Justin Bieber itu lagi, dia sama sekali tidak menolak untuk menampilkan kelainan genre muzik dalam setiap lagunya agar pendengar tidak bosan.

“Lagu-lagu saya ada elemen pop yang kuat, namun saya tidak menolak untuk meneroka genre lain termasuk penggunaan gitar elektrik dan unsur indie.

“Saya tidak mengkhususkan hala tuju muzik. Asalkan ia segar dan sedap didengar, saya terima. Saya ingin melihat album itu ‘hidup’ di seluruh dunia,” ujarnya lagi.

All the best, Selena!

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest