Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

Ali Puteh Anggap Netizen Yang Mengecam Tidak Tahu Hukum Faraid

“Sudah saya terangkan saya tidak mahupun harta arwah saya tahu hukum”

Published

on

Kecoh minggu lalu kontroversi antara pelawak Ali Puteh dan kakak iparnya, Nor Hidayah mengenai isu saman-menyaman melibatkan kedua-dua pihak. Saman balas yang dilakukan oleh Ali itu katanya bukan disebabkan harta tetapi untuk membersihkan nama dan imej keluarganya. Ali juga berkata, dia tidak menyesal kerana apa yang dilakukan adalah untuk maruah keluarga.

Ali Puteh Claims Sister-In-Law Forbids Him From Seeing Nephew

“Selepas abang saya pergi hanya saya satu-satunya lelaki dalam keluarga. Hati anak mana yang tidak sedih melihat ibunya dikecam dengan pelbagai kata-kata tidak benar.

Tidak berniat mahukan harta arwah abangnya, sebaliknya menyifatkan apa yang dilakukan adalah demi rasa tanggungjawab terhadap keluarga.

“Apa yang saya buat ini demi keluarga dan tanggungjawab saya kepada ibu. Jadi saya akan tetap teruskan saman seperti yang sudah dinasihatkan peguam saya,” katanya.

Tegasnya lagi, mereka yang mengecamnya tidak tahu tentang hukum pembahagian harta faraid.

“Yang masih mengecam itu saya anggap mereka tidak faham hukum faraid. Selalunya yang mengecam ni budak-budak. Sudah saya terangkan saya tidak mahupun harta arwah saya tahu hukum.

Walaupun ramai yang mengecam, namun Ali turut memberitahu dia menerima banyak mesej daripada netizen yang ingin meminta maaf.

“Tapi sebenarnya lebih ramai yang meninggalkan pesanan minta maaf di laman sosial saya. Selama ini tidak tahu apa-apa. Jujurnya saya juga malu dengan apa yang berlaku.

“Dalam soal ini sebagai seorang anak adik dan pak cik, perlu saya lakukan sesuatu. Bukan saya tidak tengok wajah anak buah saya itulah satu-satunya waris abang saya,” katanya.

Terdahulu Ali mendedahkan dia menerima surat saman daripada Hidayah bermula 26 Februari lalu. Saman itu berkaitan tuntutan faraid, tuntutan hak penjagaan anak, tuntutan kereta dan sebagainya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest