Connect with us
You Da Boss

Onz

Alif Dan Raihan Bergabung Pentas

Peh, kolaborasi dua penyanyi hebat ni!

Published

on

Selepas kejayaan Sesungguhnya 2019 yang mencatatkan lebih 16 juta tontonan di laman YouTube, penyanyi Alif Satar dan kumpulan nasyid Raihan akan kembali berkongsi pentas.

Konsert Amal Countless Blessing Alif Satar & Raihan dijangka berlangsung pada 2 November depan, dengan Stadium Juara, Kompleks Sukan Bukit Kiara, Kuala Lumpur dipilih sebagai lokasi persembahan.

Menyasarkan kehadiran sekitar 2,000 penonton, pelantun lagu I Want You To Love Me itu mengakui teruja untuk menjalani sesi latihan dan mendengar susunan muzik yang bakal didendangkan pada malam konsert.

“Sudah tentu saya akan menyampaikan lagu Raihan, tetapi adakah Raihan akan menyanyikan lagu saya? Sama-sama kita nantikan pada malam konsert.

“Apa yang pasti, The Locos Band akan menjanjikan kelainan dari sudut susunan muzik. Sudah tentu saya dan band teruja untuk melihat susunan muzik nyanyian Raihan kerana mereka popular dengan penyampaian lagu secara acapella (nyanyian tanpa instrumen muzik),” katanya.

Konsert Amal Countless Blessing Alif Satar & Raihan menyaksikan penampilan sulung Raihan menerusi persembahan mega dalam negara.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest