Connect with us
Selamat Hari Raya

Selebriti

Alif Satar Dapat ‘Green Light’ Isteri

Rajin bersukan sihatkan tubuh badan kita. Cayalah Alif!

Published

on

Penyanyi, pelakon dan pengacara terkenal, Alif Satar memberi ‘hint’ kepada peminat sekali lagi bakal menyertai sukan berbasikal tahun ini.

Perkara itu dikongsikan oleh Alif sendiri menerusi satu foto sedang mengayuh basikal yang dimuat naik di laman Instagram pada Rabu.

View this post on Instagram

Jemputan untuk kayuh basikal bagi tahun 2020 kini dibuka.. baru apply visa dan dah dapat kelulusan.😂🥳 cc @shadilahalid 😘

A post shared by Alif Satar™️ (@alifsatar) on

Jemputan untuk kayuh basikal bagi tahun 2020 kini dibuka.. baru apply visa dan dah dapat kelulusan.😂🥳 cc @shadilahalid 😘,” tulisnya yang sudah mendapat ‘green light’ daripada isteri tercinta, Shadila.

Pelantun lagu I want You To Love Me itu sememangnya dikenali sebagai seorang yang mengamalkan gaya hidup sihat kerana begitu meminati aktiviti kecergasan seperti sukan renang dan berbasikal.

Lantas, perkongsian itu menerima pelbagai reaksi daripada peminat termasuk jawapan balas daripada isteri Alif di ruangan komen.

Untuk rekod, Alif dan Shadila Halid berkahwin pada 15 September 2014 dan sudah dikurniakan tiga orang cahaya mata bernama Alisha Anugerah, Ariana Mecca dan Muhammad ‘Ali.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest