Connect with us
Hot Deeja Tiktok Champ

Selebriti

Alkaf Zayne Nama Anak Kedua Hafiz Suip

Mancunggg hidung dia!

Published

on

Penyanyi popular Hafiz Suip dan isteri Nureffy Jasreel Abdullah memilih Muhammad Alkaf Zayne sebagai nama pilihan untuk anak kedua mereka.

Pengumuman itu dibuat pada 8 Mac lalu menerusi laman Instagram Hafiz dan isteri sambil mendedahkan separuh wajahnya buat tatapan peminat.

“Goodnight Muhammad Alkaf Zayne…ayah,bonda @nureffyj n abg @riyadh.alkaf loves u,” tulis Hafiz.

Sejak dilahirkan pada 1 Mac, Hafiz  hanya berkongsi beberapa keping foto anaknya tanpa menampakkan wajah membuatkan peminat teruja untuk melihat muka si comel Alkaf.

View this post on Instagram

Alhamdulillah…welcome to the world my son

A post shared by hafizsuip (@hafizsuip) on

View this post on Instagram

Assalamualaikum gaiss…Awan Nano Jr.

A post shared by hafizsuip (@hafizsuip) on

Perkongsian wajah dan nama anak keduanya itu lantas menerima pelbagai reaksi oleh peminat di ruangan komen.

Terdahulu, Hafiz dan Effy berkahwin pada 14 Mei 2016 dan mempunyai seorang anak lelaki, Muhammad Riyadh Zafri yang lahir pada 31 Disember 2017.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest