Connect with us
Hot Selebriti

Selebriti

Alya Iman Kembali Aktif Di Media Sosial, Tayang Gambar ‘Kekasih Baharu’

No hate, just love…

Published

on

Sebelum ini, anak kepada pelakon legenda Allahyarham Azmil Mustapha yang juga pelakon dan model muslimah, Alya Iman menjadi perbualan hangat netizen apabila ‘terkantoi’ menjalinkan hubungan sulit bersama seorang ahli perniagaan yang berstatus suami orang.

Selepas beberapa hari ‘senyap’ di media sosial, Alya kembali aktif dan memuat naik beberapa gambar sempena perayaan Aidil Adha yang disambut baru-baru ini.

Alya memuat naik gambar pertama di media sosialnya bersama kekasih baharu, yang juga ahli perniagaan berstatus duda dan mempunyai dua orang anak.

Tidak mengendahkan tohmahan dan kecaman orang, Alya terus ‘minding her own business’ seperti tiada apa berlaku terhadapnya.  Wah kuat betul Alya ni!

Bukan itu sahaja, gambar yang dimuat naik itu turut mendapat pelbagai reaksi netizen yang negatif tetapi Alya tetap kekal tenang dan tidak melatah.

Alya memuat naik lagi gambar baharu dengan kapsyen,

“Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), “

“nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),”

“Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.”

“Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya).”

“Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.”

Mendalam sungguh kapsyen yang ditulis Alya ni. Apa-apa pun kami di Hot FM mendoakan supaya Alya terus kuat dan belajar dari kesilapan lama.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest