Connect with us
Hot Kool Jam

Selebriti

Amar Baharin Mahu Jantina Anak Jadi Kejutan

Agak-agak lelaki ke perempuan?

Published

on

Pejam celik-pejam celik tinggal lima bulan sahaja lagi pasangan selebriti Amar Baharin dan Amyra Rosli bakal menimang cahaya mata kedua mereka.

Amyra menyambut ulang tahun kelahiran ke-28 pada Ahad.

Bercerita soal jantina bayi, Amar menjelaskan dia begitu teringin memiliki anak perempuan jika diberi pilihan. Namun, apa yang lebih penting dan menjadi keutamaannya adalah kesihatan bayi.

“Lelaki atau perempuan, saya tidak kisah. Kalau rezeki Allah boleh dipilih, sudah tentu saya mahukan anak perempuan pula.

“Bagaimanapun, saya tetap bersyukur walau apa pun jantina anak saya ini. Asalkan dia sihat dan sempurna. Itu yang kami doakan setiap hari,” katanya.

Sementara itu, Amar juga enggan mengetahui lebih awal jantina anak kedua mereka kerana mahu memberikan kejutan.

“Saya tidak mahu mengetahui jantina bakal anak kedua saya kerana mahu memberi kejutan pada majlis baby shower kelak,”ujar Amar.

Amar dan Amyra mendirikan rumah tangga pada November 2016 dan memiliki seorang anak lelaki, Aqeef Anaqi yang kini berusia setahun lapan bulan.

View this post on Instagram

keep calm and pretend it’s not MONDAY! 🤓

A post shared by Amar Baharin (@amarbaharin) on

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest